Iklan

Merdeka 2018 pamerkan semangat perpaduan

Merdeka 2018 20180831 tmiafif 11
Seorang wanita menunjukkan semangat patriotik menerusi lambang bendera Malaysia di pipinya semasa sambutan Hari Kemerdekaan ke-61 di Putrajaya. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 31 Ogos, 2018.
Iklan

HARI Kemerdekaan tahun ini menyaksikan sejarah baharu Malaysia apabila disambut di bawah kerajaan baharu susulan kejayaan Pakatan Harapan menumbangkan Barisan Nasional pada 9 Mei lalu.

Perarakan kali ini bertemakan “Sayangi Malaysiaku” yang menggabungkan komponen patriotik, ketenteraman awam, keselamatan negara dan perpaduan.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad turut memilih Putrajaya sebagai lokasi perarakan berbanding Dataran Merdeka. Kali terakhir perarakan Hari Merdeka diadakan di Putrajaya adalah pada 2005.

Dr Mahathir merupakan pemimpin yang mencetuskan inisiatif untuk membangunkan Putrajaya sebagai pusat pentadbiran Malaysia.

Dianggarkan kira-kira 300,000 orang membanjiri Dataran Putrajaya untuk menyaksikan perarakan itu. – 31 Ogos, 2018.

Iklan
Iklan