Iklan

Batu Caves kini berwajah baru 

Afif Abd Halim6 years ago2nd Sep 2018Foto
Batu caves colourful stairs 20180831 tmiafif 15  full
Pekerja bersedia untuk mencuci lantai kuil dengan hos di Batu Caves. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 2 September, 2018.
Iklan

BATU Caves merupakan tempat suci bagi penganut agama Hindu dan menarik jutaan penganutnya ketika sambutan Thaipusam, namun ia juga merupakan lokasi tarikan pelancong yang melawat Malaysia.

Dalam persediaan untuk upacara penyucian kuil (Kumbhabhisekham), yang diadakan setiap 12 tahun, kuil berkenaan melalui kerja-kerja pembaikan struktur serta dicat dengan pelbagai warna yang menarik.

Upacara penyucian itu menurut kepercayaan penganut Hindu, akan memperbaharui tenaga positif di tempat pemujaan berkenaan.

Setiusaha kuil Batu Caves Sethutathy Kumarsamy berkata, proses penambahbaikan itu menelan belanja sebanyak RM5.5 bilion.

Pembaikpulihan berwarna warni itu, terutamanya pada 272 anak tangga yang menghala ke gua kuil berkenaan menjadikan Batu Caves sebagai tarikan utama.

Bagaimanapun, kuil berkenaan sekali lagi berdepan masalah kerana kerja penambahbaikan itu tidak mendapat kelulusan Jabatan Warisan Negara. – 2 September, 2018

Iklan
Iklan