Iklan

Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, setahun selepas peristiwa menyayat hati

Hasnoor Hussain6 years ago15th Sep 2018Foto
Darul ittifaqiyah 1 tmihasnoor 01
Pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah sedang menghafal ayat Al-Quran di bangunan baharu sekolah mereka. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 15 September, 2018.
Iklan

TANGGAL 14 September 2017, beberapa jam sebelum masuk waktu Subuh, pelajar-pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang terletak di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur menjerit meminta pertolongan . Namun, jeritan dari tingkat paling atas bangunan sementara yang sedang dijilat api marak itu tidak didengari kerana penduduk sekitar yang masih lena tidur.

21 pelajar maut selepas terperangkap dalam kebakaran yang disengajakan akibat dendam. Turut terkorban ialah dua orang warden mereka. Hanya 11 pelajar berjaya menyelamatkan diri. Mereka kini ditempatkan di bangunan baharu di  Jalan Keramat Hujung, Kuala Lumpur. – 15 September, 2018.

Iklan
Iklan