Iklan

Ibu tunggal kreatif ubah denim lusuh jadi wang

Kamal Ariffin6 years ago24th Sep 2018Foto
Suri housewive jeans tmikamal 01
Semua pekerja Suri Inspirasi Sdn Bhd adalah ibu tunggal yang diberi gaji sebanyak RM800 ke RM1,000 sebulan – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 24 September, 2018.
Iklan

SIAPA sangka denim daripada jeans terbuang boleh menjadi rekaan beg anggun dan memberi pendapatan tetap kepada sekumpulan ibu tunggal.

Segalanya dicetuskan oleh Salena Ahmad, 50, yang nekad mengusahakan produk tersebut sejak 2014 selepas diceraikan suaminya, demi meneruskan kehidupan bersama anak-anak.

Walaupun dilanda tekanan, tetapi sebagai seorang ibu tunggal, beliau mahu dipandang sebagai contoh kepada anak-anaknya.

“Anak sumber kekuatan, tengok anak kekuatan datang dengan sendirinya. Kalau kita (ibu tunggal) berubah, nasib anak juga berubah,” katanya ketika ditemui The Malaysian Insight di pusat operasi perniagaannya, Klang. – 24 September, 2018.

Iklan
Iklan