Iklan

Sambutan festival Sard Duen Sib masyarakat minoriti Siam di Kedah

David ST Loh6 years ago26th Sep 2018Foto
Watlampang1 dloh-0248  full
Masyarakat minoriti Siam di Kampung Lampam, Pendang di Kedah membawa makanan untuk dipersembahkan kepada roh nenek moyang mereka bersempena sambutan Festival Sard Duen Sib. – Gambar The Malaysian Insight oleh David S T Loh, 26 September, 2018.
Iklan

FESTIVAL Sard Duen Sib adalah satu perayaan penting bagi penduduk di selatan Thai. Ia disambut kerana mereka percaya roh nenek moyang akan kembali melawat sanak- saudara pada bulan sepuluh dalam kalendar lunar. Ahli keluarga akan menunjukkan menyediakan makanan untuk diberi kepada sami sebagai tanda kesyukuran.

Bagi masyarakat minoriti Thai di Kedah, upacara perayaan ini akan dimulakan di Wat Lampam yang juga dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Nasional Dan Kesejahteraan Sosial) Senator P. Waythamoorthy. Beliau disambut dengan tarian sebelum dibawa ke dewan utama untuk bertemu dengan ketua sami dan berdoa. Senator itu juga mengambil peluang untuk mendengar masalah dan permintaan dari masyarakat ini.

Pada hari terakhir sambutan festival Sard Duen Sib yang dipanggil Ching Pred, disambut pada hari ke-15 pada bulan kesepuluh dalam kalendar lunar. Selepas upacara sembahyang, sami akan meletakkan semua makanan yang dipersembahkan oleh penganut di sebuah bangunan diberi nama Sala Pred untuk roh nenek moyang mereka ‘menjamu selera”. Baki makanan dibiarkan di atas meja dan di hujung meja yang sama, himpunan manisan diletakkan untuk dimakan bersama-sama penganut. Mereka juga akan mengambil lebihan makanan kerana percaya akan dikurniakan masa depan yang cerah. – 26 September, 2018.

Iklan
Iklan