Iklan

Saya bebas rasuah, kata Zahid Hamidi

Amin Iskandar7 years ago8th Aug 2017Berita
Zahid hamidi immigration tmikamal 01
Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi mengakui bukan mudah bebas daripada sebarang unsur rasuah, tetapi ia bukanlah satu perkara mustahil untuk dilakukan ketika berucap pada Majlis Ikrar Bebas Rasuah di Jabatan Imigresen Malaysia, Putrajaya, hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 3 Ogos, 2017.
Iklan

TIDAK berapa lama selepas Dr Mahathir Mohamad dakwaan yang Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi mempunyai kekayaan luar biasa, beliau hari ini mengakui dirinya bebas daripada rasuah.

Zahid turut berkata, walaupun tidak mudah untuk bebas daripada sebarang unsur rasuah, ia bukanlah satu perkara mustahil untuk dilakukan.

“Saya, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan semua jabatan di bawahnya bebas daripada rasuah,” kata Zahid ketika berucap pada Majlis Ikrar Bebas Rasuah Jabatan Imigresen Malaysia di Putrajaya hari ini.

“Bukan mudah. (Ia) boleh dilakukan jika kita ada pegangan yang tinggi.”

Minggu lalu Dr Mahathir mendakwa Zahid gagal memberikan jawapan jelas ketika ditanya berkaitan dakwaan terdapat RM230 juta dalam akaunnnya ketika mula-mula dilantik sebagai ketua Pemuda Umno pada 1996.

Bagaimanapun, Zahid berkata wang itu diperoleh hasil penglibatannya dalam bidang korporat sebelum menyertai politik.

Zahid berkata, setiap anggota penjawat awam perlulah mempunyai niat yang baik.

“Kita mesti mulakan dengan diri kita sendiri. Tanyalah diri kita sendiri.

“Apatah lagi dalam Jabatan Imigresen rakyat jelata merupakan ‘stake holder’,” katanya.

Dalam ucapannya, Zahid turut memuji SPRM kerana berjaya menaikkan imej kerajaan melalui penangkapan agressif sejak kebelakangan ini.

“Saya ucapkan tahniah kepada SPRM. Ikan paus pun masuk jaring, setiap hari ada tangkapan SPRM dan tuduhan dibawa ke mahkamah,” katanya sinis terhadap dakwaan SPRM hanya menangkap ikan bilis sebelum ini.

“Meningkatkan kebolehan kepercayaan pada SPRM dan menghapuskan persepsi negatif,” katanya. – 8 Ogos, 2017.

Iklan
Iklan