Iklan

Pelabur China mahu rumah percutian, bukan PR, kata exco Johor 

Yvonne Lim6 years ago5th Oct 2018Berita
Jimmy puah wee tse tmikamal 05
Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti Johor Jimmy Puah Wee Tse pada sesi temubual yang diadakan di Johor Bahru baru-baru ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 5 Oktober, 2018
Iklan

WARGANEGARA China yang membeli hartanah di Johor tidak berminat untuk berpindah ke sini, tetapi lebih berminat untuk melabur dalam kediaman percutian, kata Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti Johor Jimmy Puah Wee Tse. 
 
Puah melawat pelabur China yang berada di negara ini dan mereka berkongsikan dengan beliau kebimbangan mereka terhadap sentimen negatif yang diterima di Malaysia.

“Saya ke China untuk tenangkan pelabur,” kata Puah kepada The Malaysian Insight. 

“Mereka tidak faham kenapa mereka dikeluarkan..(Mereka persoalkan) Mengapa kami? Apa yang tidak kena dengan China? Sekiranya kamu menentang warga asing membeli hartanah di Malaysia, rakyat Singapura membelinya (di Malaysia) sejak lebih 50 tahun.

“Kami jelaskan apa yang berlaku…Kami jelaskan dasar, terutamanya bahaigian yang mengatakan walaupun kamu datang (ke Malaysia) tiada jaminan kamu akan menjadi warganegaranya. 

“Semua orang mula ketawa. Mereka kata, ‘kami tidak mahu jadi warganegara kamu. Kami tidak mahu tinggal di sini’.”

Puah yang memegang jawatan itu selama empat bulan berkata, mereka yang membeli hartanah di Johor mencari tempat di kawasan beriklim tropika, yang mana mereka boleh bercuti ketika musim sejuk di China.

Salah faham mengenai niat pelabur China di Malaysia menyebabkan mereka hilang keyakinan, katanya. 

Puah yang juga Adun Bukit Batu, Johor berkata negeri itu berpotensi menarik lebih ramai pembeli dari China. 

“(Pada mereka) peluang untuk Johor masih dipertimbangkan dengan banyak perkara. Jarak yang dekat dengan Singapura, kemudahan infrastruktur yang lengkap, ikatan sejarah kita dengan China,” katanya. 

Dalam program temubual Hardtalk BBC baru-baru ini, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak membantah inisiatif One Belt One Road China, beliau hanya menentang projek yang membenarkan warga asing tinggal di Malaysia beramai-ramai. 

Katanya, warga China dialu-alukan untuk melabur di Malaysia tetapi memaklumkan ia perlu melibatkan pelaburan terus “sebenar” yang membawa teknologi dan loji pemprosesan ke Malaysia bagi memberi kelebihan kepada warga tempatan.

Beliau turut ditanya sekiranya langkah Malaysia membatalkan atau menangguhkan projek bernilai berbilion dolar oleh China menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pelabur. 

“(Warga China) dialu-alukan untuk melabur (di sini). (Presiden ) Xi Jinping tidak marah apabila saya mengatakan demikian,” katanya.

Ketika ditanya oleh hs program itu Zeinad Badawi adakah ini bermaksud perdana menteri tidak mahu warga China menetap di Malaysia, Dr Mahathir menjawab: “Tiada negara yang mahu warga asing dari negara lain datang dan tinggal beramai-ramai.”

Pelaburan berkaitan China berdepan saat sukar di bawah pentadbbiran baharu yang diketuai Dr Mahathir. 

Beberapa hari selepas lawatan kerjanya ke Beijing, perdana menteri menghentikan prrojek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan menangguhkan dua projek paip gas di Sabah. 

Dr Mahathir kemudian mengumumkan warga asing tidak dibenarkan membeli unit kediaman di projek mega Forest City bernilai AS$100 bilion di Johor, yang dimiliki pemaju China Country Garden. 

Statistik dari Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menunjukkan Johor kekal sebagai lokasi utama destinasi pelaburan di negara ini bagi sektor perkilangan, seperti Q1 tahun ini. Johor mengekalkan kedudukannya sejak lima tahun lalu. 

Pada 2017, angka MIDA menunjukkan, pelaburan dari China membawa hampir RM1 bilion ke Johor, menjadikan ia pelaburan kedua tertinggi bagi perkilangan di negara ini selepas, Australia. 

Sementara itu, angka daripada statistik Jabatan Perangkaan menunjukkan  pada 2017, keseluruhan aliran pelaburan langsung asing ke Malaysia kebanyakannya dari Hong Kong (RM7.5 bilion), diikuti China (RM6.9 bilion) dan Singapura (RM6.1 bilion). – 5 Oktober, 2018

Iklan
Iklan