Iklan

Johor 'pandang ke Selatan' untuk pikat pelabur 

Yvonne Lim6 years ago5th Oct 2018Berita
Singapore 2
Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti Jimmy Puah Wee Tse berkata kos sara hdup yang tinggdi di Singapura menjadikan ia sebagai "hentian pertama pelaburan" Malaysia.– Gambar EPA, 5 Oktober, 2018
Iklan

TIDAK bijak bagi Johor sekiranya tidak memberi keutamaan kepada pelaburan Singapura kerana mereka merupakan negara jiran kita, kata Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti Jimmy Puah Wee Tse.

Beliau berkata, ketika Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad melihat kepada pelaburan di Timur, beliau sebaliknya ke Singapura.

Tun Mahathir pandang ke Timur. Saya pandang ke Selatan. Saya ke Singapura,” katanya merujuk kepada Dasar Pandang Ke Timur yang diperkenalkan Dr Mahathir ketika pentadbiran pertamanya sebagai perdana menteri.

“Kenapa perlu pergi jauh sedangkan Singapura hanya bersebelahan kita? Saya rasa kita mempunyai hubungan istimewa dengan Singapura dan tidak bijak jika kita tidak capai peluang ini.

Puah berkata kepada The Malaysian Insight kos sara hidup tinggi di Singapura menjadikan ia “hentian pertama pelaburan” bagi Malaysia.

“Singapura tempat yang bagus tetapi mereka miliki ruang yang terhad. Mereka mahu bina sesuatu, tetapi mereka hanya boleh bina menaik atau menurun. Mereka tidak boleh bina melintang.”

Puah berkata, apa yang beliau fikirkan, beliau bertemu warga Singapura dan memberi idea kepada mereka untuk melabur di Malaysia.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti Jimmy Puah Wee Tse ketika ditemui The Malaysian Insight di Johor Bahru, baru-baru ini.– The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 5 Oktober, 2018

Beliau memberitahu mereka, mungkin mereka miliki industri yang memerlukan lebih banyak ruang dan menjelaskan pulangan pelaburan lebih baik di sini.

Puah yang juga Adun Bukit Batu, Johor berkata, pelabur Singapura memberi maklum balas yang baik terhadap cadangannya bahawa syarikat di sini perlu mengambil peluang jarak yang dekat dan memindahkan operasi mereka ke Johor, manakala kekalkan pejabat mereka di Singapura.

“Di sini kita ada banyak sekolah antarabangsa, kita berikan kemudahan yang baik dan kita sangat dekat dengan Singapura. Jadi, sama ada kamu tinggal di sini dan bekerja di Singapura, atau kamu bekerja di Singapura dan hantar anak kamu bersekolah di sini,” katanya.

Tambahnya, ini juga merupakan langkah yang baik bagi menghilangkan keebimbangan kerajaan baharu Malaysia adalah “anti-Singapura”.

“Kami kata tidak. Kerajaan Johor adalah sangat positif. Kami alu-alukan (Singapura). Malah, kami akan lebih baik berbanding kerajaan sebelum ini.”

Statistik Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) pada 2017 menunjukkan, Singapura merupakan pelabur kedua tertinggi bagi sektor perkilangan Malaysia, yang membawa lebih RM2.3 bilion bagi 100 projek yang diluluskan.

Dalam sektor yang sama di Johor, Singapura merupakan pelabur keempat tertinggi tahun lalu.

Sementara itu, angka daripada Jabatan Perangkaan menunjukkan dalam tahun yang sama, keseluruhan aliran pelaburan asing dari Singapura berjumlah RM6.1 bilion, menjadikan ia ketiga terbesar di Malaysia pada tahun itu. – 5 Oktober, 2018

Iklan
Iklan