Iklan

Pastikan Anwar menang besar, kata Kit Siang yang berkempen di PD

Bernard Saw6 years ago5th Oct 2018Berita
Anwar ibrahim lukut tmikamal 04
Anwar Ibrahim perlu menang besar di Port Dickson, kata Lim Kit Siang kepada pengundi semasa berkempen hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 5 Oktober, 2018.
Iklan

ISUNYA bukanlah Anwar Ibrahim menang, tetapi menang dengan majoriti sangat besar, itulah mesej veteran DAP Lim Kit Siang yang turun berkempen untuk ketua umum PKR itu hari ini di Port Dickson.

“Sama ada Anwar akan menang itu bukan masalah. Masalahnya sama ada beliau akan menang besar.

“Jika kita mahu Port Dickson baharu, Malaysia Baharu, jadi kita kena keluar dan undinya pada hari mengundi,” katanya pada sesi borak kopitiam bersama Anwar petang tadi.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu memulakan harinya berkempen di Lukut apabila beliau berjumpa penduduk tempatan untuk meraih undi bagi Anwar pada 13 Oktober depan.

Lim berkata Anwar tidak ada masalah untuk menang kerusi itu tetapi soalnya adalah margin kemenangannya.

Pemimpin DAP itu turut menambah yang pengundi Port Dickson bertuah kerana calon wakil rakyat mereka juga adalah bakal perdana menteri yang pastinya akan membawa pembangunan kepada bandar pinggir pantai itu.

“Jika anda hendak pelaburan baharu, anda perlu ada wakil rakyat yang juga perdana menteri untuk ada peluang mendapatkannya.

“Mari tunjukkan kepada semua rakyat Malaysia dan dunia yang kita bersatu padu (mengundi Anwar) pada hari pengundian nanti,” katanya.

Anwar Ibrahim berdepan pertandingan banyak penjuru pada PRK ini. Beliau menentang lima calon bebas- Mohd Saiful Bukhari Azlan, Isa Samad, Lau Seck Yan, Stevie Chan and Kan Chee Yuen- serta calon PAS Mohd Nazari Mokhtar. – Gambar fail The Malaysian Insight, 5 Oktober, 2018.

Adun Bukit Kepayang Nicole Tan daripada DAP pula berkata rakyat perlu memilih Anwar bagi meneruskan kemajuan yang dibawa kerajaan Pakatan Harapan sejak menang pilihan raya Mei lalu.

Beliau juga menggesa pengundi wanita memilih Anwar.

“Kerajaan Negeri Sembilan layan wanita dengan sangat baik, jadi bagaimana hendak balas budi kerajaan? Keluar dan undi untuk Anwar pada hari mengundi,” kata Tan.

Beliau juga menggesa pengundi Port Dickson yang menetap di luar kawasan supaya pulang mengundi bagi memastikan majoriti besar untuk Anwar.

Kerusi Parlimen Port Dickson kosong selepas penyandangnya Danyal Balagopal Abdullah berundur untuk memberi laluan kepada Anwar kembali ke Dewan Rakyat.

Menurut perancangan empat parti PH, Anwar akan mengambil alih jawatan perdana menteri Dr Mahathir Mohamd.

Pada PRU14 lalu, Danyal menang 36,225 undi menewaskan calon Barisan Nasional Mogan Velayatham (18,515) dan calon PAS Mahfuz Roslan yang hanya meraih 66,594 undi.

Anwar berdepan pertandingan banyak penjuru pada PRK ini. Beliau menentang lima calon bebas- Mohd Saiful Bukhari Azlan, Isa Samad, Lau Seck Yan, Stevie Chan and Kan Chee Yuen- serta calon PAS Mohd Nazari Mokhtar. – 5 Oktober, 2018.

Iklan
Iklan