Tingkat keupayaan internet bukan penuhi permintaan Anwar, kata Gobind
Iklan
KERAJAAN tidak akan memberi layanan khas kepada Port Dickson untuk menaiktaraf rangkaian internet hanya semata-mata memenuhi permintaan calon Pakatan Harapan Anwar Ibrahim bagi berbuat demikian.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata kerajaan terlebih dahulu sudah mengenalpasti beberapa kawasan di Port Dickson yang memerlukan rangkaian internet yang lebih baik untuk mempromosikan pelancongan dan meningkatkan taraf pendidikan.
“Beberapa keutamaan diberikan ke kawasan tertentu termasuk sektor pelancongan dan pendidikan,” katanya ketika sesi walkabout bersama penduduk Port Dickson hari ini.
“Dunia kini bergerak ke arah digital (sepenuhnya) dengan menyediakan kelengkapan kepada sekolah yang mahir dengan teknologi supaya pelajarnya boleh memulakan pengajian dalam sektor teknologi,” katanya.
Terdahulu Anwar melancarkan program tuisyen secara dalam talian kepada pelajar tetapi dimaklumkan segelintir penduduk tentang masalah kelajuan internet di Port Dickson.
Bakal presiden PKR itu kemudiannya memaklumkan aduan itu kepada Gobind dan mendakwa menteri tersebut akan meneliti masalah berkenaan.
Gobind turut berkata kepada pemberita bahawa kementerian akan memberi keutamaan untuk menyediakan kemudahan asas internet di kawasan pendalaman termasuk Sabah dan Sarawak.
“Tiada tempoh masa untuk melaksaakan perkara ini kerana perbezaan lokasi memerlukan penyelesaian yang berbeza.
“Langkah pertama adalah mengurangkan harga dan meningkatkan kelajuan. Kita akan meneliti bagaimana kita mampu menyediakan kelajuan internet yang setading dengan negara lain,” katanya. – 6 Oktober, 2018.
Berita penuh di sini.