Iklan

Larangan Anwar masuk kuil Hindu adalah berita palsu

Kamles KumarRavin Palanisamy6 years ago7th Oct 2018Berita
Iklan

KHABAR angin yang mengatakan Anwar Ibrahim dilarang masuk ke kuil Hindu adalah palsu, kata pembantunya.

Setiausaha politik Anwar, Farhash Wafa Salvador berkata calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson itu enggan memasuki kuil itu kerana terdapat dua kumpulan yang mempertikaikan mengenai program tersebut.

“Terdapat dua kumpulan yang bergelut dengan satu sama lain tetapi beliau berkata beliau tidak akan masuk jika mereka terus bergaduh,” katanya kepada The Malaysian Insight ketika dihubungi.

Sebelum ini, sebuah video Anwar dilarang masuk ke kuil Hindu tular di media sosial.

Di dalam video tersebut kelihatan dua individu berdebat di hadapan Anwar, Bakal Presiden PKR itu kemudian meninggalkan kuil itu kerana tidak mahu mengambil bahagian dalam pertikaian tersebut.

Anwar menjalankan program kempennya dengan melawat ke pelbagai tempat seperti kuil, masjid dan restoran di sekitar Port Dickson.

Bekas timbalan perdana menteri itu merebut kerusi parlimen di Port Dickson di dalam pertandingan tujuh hala. Beliau menentang lima calon bebas iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan, Isa Samad, Lau Seck Yan, Stevie Chan dan Kan Chee Yuen serta veteran angkatan tentera Mohd Nazari Mokhtar dari PAS.

Kerusi Port Dickson kosong selepas Danyal Balagopal Abdullah daripada PKR, meletakkan jawatan Ahli Parlimen untuk memberi laluan kepada Anwar ke Parlimen.

Ini adalah sejajar dengan rancangan PH untuk menggantikan Anwar sebagai perdana menteri selepas penggal pentadbiran Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad tamat.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Danyal mendapat 36,225 undi, mengalahkan Mogan Velayatham dan Mahfuz Roslan daripada PAS, yang menerima 18,515 undi dan 6,594 undi.

Kerusi Port Dickson mempunyai 77,750 pengundi di mana pecahannya adalah 43% orang Melayu, 33% Cina, 22% orang India dan 2% orang lain.– 7 Oktober, 2018.

Iklan
Iklan