Iklan

Berdekad selepas virus Nipah, penduduk Bukit Pelandok letak harapan pada Anwar 

Bernard Saw6 years ago9th Oct 2018Berita
Bukit pelandok 20150408 tmihasnoor 001
Penduduk di Bukit Pelandok yang terkesan kerana penularan wabak virus Nipah kini menaruh harapan kepada calon PRK Port Dickson Anwar Ibrahim untuk membawa perubahan kepada kehidupan mereka.– Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 9 Oktober, 2018
Iklan

WABAK virus Nipah pada 1998 terus memberi kesan terhadap Bukit Pelandok, yang sebelum ini pernah menjadi kawasan industri penternakan babi yang berkembang pesat. 

Industri itu bagaimanapun musnah selepas lebih 100 orang terbunuh akibat virus Nipah yang memaksa kerajaan mengaambil langkah untuk mengharamkan penternak daripada meneruskan penternakan. Lebih sejuta ekor babi turut dihapuskan. 

Penduduk tempatan bagaimanapun masih lagi bercakap mengenai industri penternakan babi yag memacu ekonomi mereka suatu masa dahulu. Daripada membesarkan ternakan, memberi makan, memprosesnya di rumah sembelihan, dan menghantar ke luar produk babi, industri berkenaan berkembang melalui pekan ini di Negeri Sembilan. 

Mereka memberitahu The Malaysian Insight sebelum wabak itu, masyarakat daripada pelbagai lapisan dilihat berpindah ke kawasan berkenaan, kerana terdapat banyak peluang perniagaan di situ.

Penduduk Bukit Pelandok meletakkan harapan kepada calon PRK Port Dickson Anwar Ibrahim untuk mengubah nasib mereka. – Gambar The Malaysian Insight, 9 Oktober, 2018

Namun selepas penularan wabak itu, serta pengharaman mengejut, penternak yang masih menetap di situ bertukar kepada menanam sayur-sayuran dan kelapa sawit, yang mana ia kurang biasa bagi mereka. 

Bukit Pelandok hari ini masih seperti biasa, sebuah pekan kecil. Pada pandangan pertama, generasi muda dari luar kurang tahu mengenai masa lalunya dan beberapa orang sudah lama berhenti bertanya mengenainya. 

Mereka kini melihat kepada Anwar Ibrahim, calon bagi pilihan raya kecil Port Dickson yang akan mengubah pekan kecil ini kepada perkembangan ekonomi sebagaimana ia pernah lalui sebelum ini. 

Anwar yang akan berdepan dengan enam lago calon pada piliha raya kecil Sabtu ini, juga bakal perdana menteri dan penduduk tempatan merasakan hanya beliau yang mampu mengubah nasib mereka.

Penternak babi yang pernah menjalankan penternakan dalam skala yang besar berharap dapat mengubah tanah mereka untuk kegunaan lain. Namun tanah mereka terbiar sejak hampir dua dekad lalu kerana generasi muda tidak berminat untuk memajukannya. 

Bekas penternak Gan Teng Peng mengharapkan perubahan untuk menjadikan Bukit Pelandok sebagai hab perindustrian. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 9 Oktober, 2018

Bekas penternak Gan Teng Peng berharap golongan ini yang pernah menternak babi akan memajukan kawasan berkenaan dan mengubahnya menjadi hab perindustrian. 

“Kita sudah banyak kali mencadangkan kepada kerajaan sebelum ini untuk tanah ini dimajukan tetapi tiada siapa yang mahu dengar. 

“Harapan kami sekarang adalah kepada calon PRK Port Dickson yang juga presiden PKR Anwar Ibrahim,” kata Gan. 

Gan berkata sekiranya kerajaan negeri tidak membenarkan penternakan babi, ia perlu membantu bekas penternak untuk menyertai industri lain. 

“Semua orang tidak perlu menternak babi, mereka hanya mahu menggunakan tanah mereka untuk menjana pendapatan,” katanya.

Seorang lagi penduduk Bukit Pelandok, Yek Diew Ching berkata, terdapat pilihan bagaimana mahu menguruskan ladang babi di daerah itu. 

Beliau mencadangkan pemilik tanah membentuk satu jawatankuasa dan menjemput pegawai negeri yang berkenaan, aktivis alam sekitar dan pemimpin komuniti untuk menyertainya. 

Yek percaya sekiranya jawatankuasa itu boleh dibentuk dan kertas cadangan dibuat, kerajaan negeri baharu tidak akan mengabaikan cadangan mereka. 

Seorang lagi penduduk Bukit Pelandok, Voon Jou Long, menyatakan selepas wabak berkenaan, kerajaan tidak memberi dorongan baru kepada industri tempatan seperti pertanian dan industri kecil dan sederhana. 

Beliau menyalahkan kerajaan sebelum ini, dan menyatakan pendapatan sederhana itu tidak mampu menandingi mereka daripada era penternakan. 

Penduduk Bukit Pelandok, Voon Jou Long lemuahkan kekecewaannya terhadap kerajaan sebelum ini yang mengabaikan nasib penduduk selepas penularan wabak viru Nipah.– Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 9 Oktober, 2018

Seorang lagi penternak, yang hanya mahu dikenali sebagai Lim, berharap Anwar turut membantu pekan kecil lain yang berhampiran untuk mendaoatkan faedah daripada industri pelancongan di Port Dickson. 

Dibandingkan dengan Port Dickson, yang menarik ramai pelancong, Lim berkata Bukit Pelandok sudah mati dan tiada peluang pekerjaan untuk generasi muda terus tinggal di situ. 

Katanya, pembangunan di Bukit Pelandok terus terhenti selepas penularan wabak virus Nipah, menyebabkan generasi muda berhijrah mencari pekerjaan di Kuala Lumpur, Seremban, Singapura dan tempat lain. 

Ketika ditanya mengenai isu berkenaan, Anwar memberitahu wartawan beliau akan mengkaji perkara itu, namun beliau berharap penternak akan meberikan cadangan mereka sendiri bagaimana untuk membangunkan Bukit Pelandok.– 9 Oktober, 2018

Iklan
Iklan