Iklan

Pengundi Cina harap Anwar dapat pulihkan ekonomi Port Dickson

Bernard Saw6 years ago10th Oct 2018Berita
Anwar ibrahim tun mahathir 2018100801 tmiafif 25
Komuniti Cina di Port Dickson mendakwa diabaikan sejak sejak 19 tahun lalu. Walaupun dijanjikan pembangunan, masih tiada perubahan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 10 Oktober, 2018.
Iklan

KOMUNITI peniaga kaum Cina bersiap sedia untuk calon Pakatan Harapan Anwar Ibrahim sebagai pilihan mereka menjadi ahli Parlimen pada pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson, Sabtu ini.

Dua minggu lalu mereka lebih berminat dengan apa yang ahli Parlimen boleh lakukan, bukannya cita-cita Anwar untuk menjadi perdana menteri, mereka kini berharap individu yang bakal menggantikan Dr Mahathir Mohamad itu akan meningkatkan pembangunan ekonomi di bandar tepi pantai itu.

Pelancongan adalah sinonim dengan kerusi persekutuan di Negeri Sembilan ini tetapi ia bukan lagi industri yang maju seperti dahulu.

Walaupun terdapat banyak hotel, ia gagal meningkatkan pembangunan ekonomi lebih besar di kawasan tersebut.

Sek Choon Huat, presiden Dewan Perniagaan Cina Port Dickson berkata lebih banyak diperlukan untuk membantu penduduk tempatan yang tidak terlibat dalam industri pelancongan.

“Industri pelancongan Port Dickson kini sunyi, dan pembangunan semakin perlahan. Kami memerlukan lebih banyak pembangunan di sini, lebih banyak tarikan.

“Tiada sesiapa keluar di waktu malam. Kami berharap ahli Parlimen baru dapat mempromosikan bandar dan menarik lebih banyak perniagaan.

“Pelancong tepi pantai tidak mengalami ledakan, kami diabaikan sejak 19 tahun yang lalu. Walaupun ahli majlis eksekutif negeri menjanjikan pembangunan, tiada perubahan,” kata Sek.

Calon Pakatan Harapan untuk PRK Port Dickson Anwar Ibrahim berkempen di sebuah kedai kopi di Lukut minggu lalu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 10 Oktober, 2018.

Pekan ini juga ingin memastikan tempoh pengunjung datang lebih panjang selain mengembangkan perniagaan, perumahan lebih baik serta lebih banyak tarikan untuk menarik penduduk jangka panjang.

Memandangkan puluhan bas pelancong tiba setiap minggu, para pelancong yang kebanyakannya warga China, hanya tinggal sehari sahaja.

Perkara yang mampu menggalakkan penginapan lebih lama adalah zon bebas cukai dan taman tema, tambah Sek.

Beberapa pendapat menjangkakan pengundi Cina menyokong Anwar dalam PRK ini berbanding enam calon lain.

Saingan utama beliau adalah bekas menteri besar Negeri Sembilan Mohd Isa Samad dan bekas anggota tentera udara Mohd Nazari Mokhtar daripada PAS. Kesemua lawan ini adalah calon bebas.

DUN yang dahulunya dikenali sebagai Teluk Kemang, mempunyai 77,750 pengundi dengan komposisi kaum Cina sebanyak 33%. Melayu membentuk 43% dan kaum India 22%.

Setakat ini, satu-satunya halangan bagi sokongan kaum Cina terhadap Anwar adalah sama ada pengundi yang berada di luar kawasan akan kembali untuk mengundi. – 10 Oktober, 2018.

Berita penuh di sini

Iklan
Iklan