Iklan

Jangan lupa skandal Felda, Anwar ingatkan pengundi

Kamles Kumar6 years ago10th Oct 2018Berita
Port dickson by-election anwar 20181007 tmihasnoor 002
Anwar Ibrahim juga berkata mana-mana pemimpin di era Malaysia Baharu harus buta warna dan berkhidmat kepada rakyat tidak kira apa kaum mereka.– Gambar fail The Malaysian Insight, 10 Oktober, 2018.
Iklan

ANWAR Ibrahim mengingatkan penduduk Port Dickson supaya tidak lupa skandal yang menyelubungi Felda dan bekas pengerusinya, Isa Samad yang bertanding menentangnya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson.

Presiden PKR itu berkata terdapat jenayah yang dilakukan pemimpin Melayu termasuk merompak kerajaan termasuk dana negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri Najib Razak.

“Kita tidak mahu orang Melayu yang korup dan mencuri dari negeri ini. Dalam 1MDB, terdapat orang Melayu dan Cina.

“Orang Melayu adalah Najib dan orang Cina adalah Jho Low. Semua orang Melayu marah,

“Felda, Felda. Orang-orang di Port Dickson jangan lupa (skandal) Felda,” kata Anwar dalam ceramah di Lukut malam ini.

Ketika Isa masih memegang jawatan pengerusi Felda - dari 2011 hingga tahun lepas - institusi itu dicemari skandal antaranya termasuk tawaran tanah dan pembelian hotel. Beliau disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan polis atas dakwaan bahawa beliau terlibat.

Anwar menambah bahawa pemimpin tidak harus menyalahgunakan dana awam tetapi sebaliknya untuk berusaha untuk menjadi orang yang berjimat cermat.

“Tugas kita bukan curi duit rakyat. Kita mahu berkhidmat kepada rakyat. Ini adalah Malaysia baru. Fajar baru untuk Malaysia.

“Kita mahukan budaya yang baik. Menteri kita perlu berjimat, “katanya.

Bekas timbalan perdana menteri itu juga berkata mana-mana pemimpin di era Malaysia Baharu harus buta warna dan berkhidmat kepada rakyat tidak kira apa kaum mereka.

“Kami mahu naikkan orang Melayu yang baik, Cina yang baik, kaum India yang baik, Iban yang baik dan Kadazan yang baik,” kata Anwar.

Beliau yang juga merupakan bekas menteri pendidikan menentang enam calon - bekas Menteri Besar Negri Sembilan Isa Samad, veteran angkatan tentera Mohd Nazari Mokhtar dari PAS, bekas pembantu Anwar Mohd Saiful Bukhari, dan tiga lagi calon bebas.

Satu kajian dari Institut Darul Ehsan (IDE) mendapati bahawa Anwar dijangka memenangi pilihan raya itu diikuti Isa manakala calon selebihnya akan kehilangan deposit mereka.– 10 Oktober, 2018.

Iklan
Iklan