Bersatu Negeri Sembilan dibubar kerana perebutan kuasa, kata Rais
Iklan
PERTELINGKAHAN dan perebutan kuasa menjadi punca Brsatu Negeri Sembilan dibubarkan, kata pengerusi baharunya Rais Yatim.
Bekas menteri luar itu berkata beliau perlu menamatkan pertikaian yang mengancam perpecahan parti di negeri itu.
“Ia tidak aktif, yang lain adalah trend untuk menjadi pemimpin, memenuhi jawatan dan pertelingkahan.Saya hentikan itu dan saya beritahu mereka kamu perlu mematuhi sistem pimpinan dan disiplinkan diri kamu,” kata Rais kepada wartawan selepas sesi ceramah di Taman Intan, di Port Dickson malam tadi.
Bulan lalu, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin membubarkan Bersatu Negeri Sembilan beberapa minggu sebelum presiden PKR Anwar Ibrahim bertandi
pada pilihan raya kecil Port Dickson.
Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, ia dilakukan atas nasihat Pendaftar Pertubuhan (RoS).
Sementara itu, Rais berkata jawatankuasa sementara terdiri daripada 60% hingga 70% muka baharu tetapi hanya membenarkan ahli bermasalah untuk bertanding selepas setahun sahaja.
“Semua kejutan dan gangguan, kami sudah agak biasa. Kami memberitahu mereka ini adalah situasi sementara. Apabila anda benar-benar mahu bertanding di kemudian hari, datang dan bertanding selepas satu tahun,” katanya.
Rais turut mengakui beliau berdepan waktu sukar untuk menstruktur semula parti kerana terlalu banyak kekeliruan.
“Saya berdepan masa yang sukar. Dua tahun telah berlalu di mana trend tertentu telah berkembang. Tetapi saya sangat positif dan kami akan menyusun semula jawatankuasa sementara, di kesemua lapan bahagian,” kata Rais. – 11 Oktober, 2018