Iklan

Wujudkan undang-undang elak pilihan raya paksa, gesa ERC 

Kamles Kumar6 years ago12th Oct 2018Berita
By election port dickson pakatan harapan 01
Pengerusi ERC Abdul Rashid Abdul Rahman berkata ia perlu bagi mengelakkan pilihan raya paksa melainkan ia benar-benar perlu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 12 Oktober, 2018
Iklan

PARLIMEN perlu meluluskan undang-undang bagi mengelakkan ahli Parlimen mengosongkan kerusi mereka dan memaksa pilihan raya kecil diadakan melainkan ia perlu,” kata Jawatankuasa Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC)

Pengerusinya Abdul Rashid Abdul Rahman berkata struktur undang-undang pilihan raya sedia ada tidak menghalang peletakan jawatan dan pilihan raya paksa. 

“Perlu ada undang-undang, bukan hanya pencegahan, tetapi mengawal perkara ini daripada berlaku, melainkan ia benar-benar perlu,” katanya pada sidang media yang diadakan hari ini.

Naib presiden Bersatu yang juga bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu berkata, undang-undang itu tidak boleh di bawah SPR, yang tiada kuasa untuk menyiasat atau membuat keputusan, ia perlu di bawah Parlimen. 

“Mungkin undang-undang ini perlu diperkenalkan di bawah Parlimen kerana dia adalah ahli Parlimen juga,” tambahnya. 

Kerusi Parlimen Port Dickson kosong selepas Danyal Balagopal Abdullah, daripada PKR meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada Anwar, yang cuba untuk kembali ke Parlimen. 

Ia sejajar dengan rancangan PH untuk Anwar menggantikan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri.

Bagaimanapun, rancangan untuk Anwar kembali ke Parlimen itu mendaat kritikan daripada masyarakat sivil dan kumpulan veteran Patriot, yang mengatakan peletakan jawatan Danyal adalah satu pengkhianatan kepada penyokongnya. 

Pilihan raya kecil itu akan diadakan esok.

Terdahulu pada sidang media itu, Rashid berkata ERC akan mencadangkan beberapa senarai cadangan berhubung 15 bidang untuk kerajaan menambah baik undang-undang pilihan raya. 

Rashid berkata ini akan dibuat dalam tempoh dua tahun dan akan dilaksanakan sepenuhnya pada pilihan raya umum akan datang. – 12 Oktober, 2018

Iklan
Iklan