Pengundi mula penuhi kawasan mengundi
Iklan
PENGUNDIAN bermula lancar apabila pengundi mula masuk ke stesen-stesen mengundi di kawasan Port Dickson.
Di Sekolah Kebangsaan (SK) Port Dickson, SK Kampung Gelam dan SK Chuah, pengundi yang beratur untuk mengundi dilihat hanya lima orang.
Calon-calon juga telah membuang undi bersama-sama Anwar Ibrahim di SK Port Dickson.
Ketika ditemui di SK Panglima Adnan di Bagan Pinang, beliau menyatakan kebimbangannya bilangan pengundi kurang berkemungkinan disebabkan cuaca buruk hari ini.
Di SK Linggi, pengundi yang muncul pagi ini kebanyakannya orang tua.
Calon bebas, bekas wakil rakyat kawasan itu dan juga bekas menteri besar Isa Samad dijangka mengundi di sini hari ini.
Anaknya, Najib Isa yang juga ketua Umno di Port Dickson juga dijangka akan turut turun mengundi.– 13 Oktober, 2018.