Tak ramai balik, kata pengundi Linggi
Iklan
TIDAK ramai pengundi yang ditemui The Malaysian Insight di Linggi setakat ini menyatakan sokongan sokongan kepada Anwar Ibrahim, calon Pakatan Harapan.
Pengundi ini juga berkata, mereka tidak melihat tidak ramai pengundi luar yang pulang untuk mengundi dalam pilihan raya kecil kali ini.
Seorang daripadanya, Karuppiah Palani berkata beliau tidak bersetuju dengan penganjuran pilihan raya ini yang menurutnya tidak perlu dan menyebabkan penduduk menanggung kos.
Berdasarkan pemerhatiannya, hanya pengundi tempatan dalam kawasan sekitar 20-30km dari pusat mengundi sahaja akan menunaikan tanggungjawab, kata Karuppiah.
“Yang lain berpendapat ia satu pembaziran wang. Keluarga dan kawan-kawan saya yang bekerja sauh tidak akan pulang untuk pilihan raya kecil,” kata Karuppiah, 61.
Seorang lagi pengundi, Abu Bakar Osman, berkata ramai penyokong Pakatan Harapan terdiri daripada golongan muda, tapi kalangan pengundi tersebut tidak muncul hari ini.
“Masa itu mereka ada hajat hendak tukar kerajaan. Hari ini tak ramai budak-budak muda keluar mengundi. Ini pilihan raya hajat seorang itu saja,” katanya.
Tambahnya, beliau memilih bekas menteri besar Isa Samad yang juga bekas Adun Linggi dan Bagan Pinang.
“Dalam ramai-ramai (calon) ini cuma Isa saja orang sini. Yang lain bukan orang sini. Yang seorang (Anwar) itu anak bini dia bukan orang sini.
“Kenapa hendak masuk sini. Kita bagilah orang sini jadi wakil rakyat sini,” katanya ketika ditemui.– 13 Oktober, 2018.