Iklan

SPR bimbang bilangan keluar mengundi tak capai 70%

Bernard Saw6 years ago13th Oct 2018Berita
Port dickson by-election cast vote 20181013 tmihasnoor 013
Pengerusi SPR Azhar Harun memerhatikan perjalanan PRK Port Dickson dan tidak berpuas hati dengan peratusan keluar mengundi.– Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain , 13 Oktober, 2018.
Iklan

SASARAN 70% bilangan keluar mengundi untuk Pilihan Raya Kecil Port Dickson mungkin mustahil, akui Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Azizan Harun hari ini.

Bercakap kepada pemberita selepas melawat pusat pembuangan undi di SK Chuah pagi ini, Azhar berkata SPR tidak menjangka peratusan keluar mengundi hari ini.

Beliau menambah peratusan jumlah pengundi sehingga 11 pagi masih rendah berbanding jangkaan pihaknya.

“Setakat pukul 11 ​​pagi, jumlah pengundi hanya 24 peratus, Kami berharap lebih banyak pengundi akan keluar,” katanya.

“Kami harap mereka akan mengundi kerana cuaca bagus. Hujan sudah reda. “

Azhar juga menggesa para penyokong calon untuk berhenti berkumpul terlalu dekat dengan pusat mengundi.

Di stesen mengundi SK Chuah, beliau secara peribadi meminta beberapa penyokong untuk bergerak sejauh 50 meter dari stesen mengundi.

“Saya berharap aktiviti-aktiviti ini boleh dihentikan kerana ia adalah kawasan kelabu walaupun berkempen atau tidak anda bawa lambang dan bendera.

“Tetapi itu pastinya adalah satu bahan kempen dengan sendirinya. Jadi pada saya, ia mesti berhenti, harus berhenti sama sekali. “

Beliau berkata terdapat aduan mengenai beberapa pusat pengundian lain, dan penguatkuasa telah mengambil tindakan.

Terdahulu hari ini, calon Pakatan Harapan, Anwar Ibrahim menyatakan kebimbangan kemungkinan pengundi luar bandar  tidak pulang untuk mengundi hari ini.

Terdapat hampir 15,000 pengundi yang tinggal di luar Port Dickson, dengan 4,936 pengundi yang tinggal di negeri-negeri lain dan 11,070 pengundi lain yang tinggal di Negeri Sembilan.

Pakatan mahu peratusan keluar mengundi yang baik demi memastikan kemenangan Anwar bagi membolehkan beliau kembali ke Parlimen, dan akhirnya menjadi perdana menteri seterusnya dengan mempunyai mandat yang popular.

Peratusan keluar mengundi untuk ketiga-tiga pilihan raya kecil yang diadakan selepas PRU14 dilihat sangat rendah, dan ia merupakan satu trend yang berulang sekali lagi di Port Dickson.

Setakat 12 tengahari tadi, SPR mencatatkan 34% pengundi pengundi keluar untuk membuang undi di seluruh Port Dickson– 13 Oktober, 2018.
 

Iklan
Iklan