Umno bawa pengutip cukai untuk lawan Dr Mahathir
Iklan
TEKANAN kini diberikan terhadap Dr Mahathir Mohamad dan keluarganya termasuk menggunakan pengutip cukai sebagai salah satu cara untuk menghalang bekas perdana menteri dan kempennya untuk menurunkan Najib dan kerajaan Barisan Nasional yang diterajunya.
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) minggu ini menyerbu semua perniagaan Dr Mahathir dan tiga anaknya – Mirzan Mokhzani dan Mukhriz yang disifatkan sebagai siasatan “rutin”.
Semuanya tentang itu.
Realitinya, segalanya sudah ada dalam buku Umno sejak beberapa tahun dulu lagi. Agensi kerajaan, media dan blogger dipergunakan untuk menggoncangkan musuh pentadbiran persekutuan.
Dalam hal ini, serangan ke atas Mahathir mempunyai beberapa objektif.
1) Membuat ahli keluarga atau Dr Siti Hasmah merayu Dr Mahathir untuk berhenti serang Najib.
2) Untuk memusnahkan dan merendahkan Dr Mahathir dan keluarganya sebagai penjahat, sekurang-kurangnya menjadikan mereka individu yang dipersoal kekayaannya.
3) Sebagai amaran kepada individu lain yang lantang mengkritik kerajaan yang boleh jadi giliran mereka pula selepas ini.
Pada Mei, Dr Mahathir mendedahkan LHDN menyasarkan pemberi dana pembangkang dengan menakut-nakutkan mereka daripada terus menyumbang kepada pakatan pembangkang Pakatan Harapan.
“Kini apa yang saya dengar sesiapa menyumbang kepada Pakatan Harapan akan diganggu LHDN,” katanya dipetik sebagai berkata.
Antara yang dikenakan tindakan ialah pengerusi eksekutif Country Heights Holdings Bhd (CHHB) Lee Kim Yew yang mana akaun deposit tetap bernilai RM126 juta dibekukan berikutan liabiliti cukai CHHB.
Lee kemudiannya memaklumkan Bursa Malaysia deposit tetap itu akan digunakan untuk membayar liabiliti cukai.
The Star pada 11 Mei lalu melaporkan beberapa hartawan diarahkan membayar tunggakan hutang yang membawa kepada ratusan juta ringgit oleh LHDN dan Pasukan Penguatkuasa Pemulihan Hasil Negara Jabatan Peguam Negara.
Itu dua bulan lalu. Dalam kes terbaru, ia jelas keluarga yang lantang bersuara dipilih untuk ditutup mulutnya.
Adakah ia akan berhasil? Mungkin untuk orang lain tapi tidak kepada Dr Mahathir, yang pernah pada amannya berdiri dan merenung mereka yang cuba mendiamkannya kerana isu yang lebih berat berbanding cukai anak-anaknya. – 10 Ogos, 2017.