Angka kematian tanah runtuh Pulau Pinang kini 7 orang
Iklan
SATU lagi mayat ditemui di tapak kejadian tanah runtuh di Paya Terubong, Pulau Pinang. Ini mayat ketiga yang ditemui selepas penemuan dua mayat lelaki Bangladesh tengah hari tadi.
Mangsa dikenali sebagai Md Jalil, juga dari Bangladesh.
Ini menjadikan jumlah kematian setaakat ini ialah tujuh orang. Dua mayat ditemui pada Jumaat selepas kejadian berlaku, manakala dua lagi ditemui semalam.
Jumlah sebenar mangsa masih belum dapat dipastikan, dan Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang Saadon Moktar berkata mereka mungkin akan menemui mangsa yang tidak berada dalam senarai orang hilang, seperti mayat dua lelaki Bangladesh yang ditemui tengah hari tadi.
Tanah runtuh berlaku di tapak pembinaan jalan raya di Paya Terubong selepas solat Jumaat. Projek membina jalan raya berkembar itu milik Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP). – 21 Oktober, 2018.