Operasi tertumpu pada kontena yang hilang
Iklan
OPERASI mencari dan menyelamat di lokasi tanah runtuh Paya Terubong hari ini memfokuskan kepada pencarian sebuah lagi kontena.
Timbalan ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang Mohamad Shoki Hamzah berkata, kontraktor kehilangan 13 buah kontena dalam kejadian tanah runtuh itu yang mana setakat ini 12 kontena sudah ditemui.
“Kita akan menggali untuk mencari kontena ini,” katanya hari ini sebelum operasi pencarian ditunda ke 8 pagi esok berikutan hujan.
“Mangsa lain yang hilang mungkin berada di lokasi sama kontena berkenaan.”
Terdapat tiga mangsa yang masih hilang dalam senarai pihak berkuasa.
Setakat ini tujuh mayat sudah ditemukan manakala empat yang terselamat hanya mengalami kecederaan. Kesemua mangsa terbabit adalah warga asing.
Shoki juga berkata, kontena terbabit berkemungkinan tertimbus pada kedalaman 20 meter, lebih dalam daripada kedalaman 10 meter yang mana mayat ketujuh ditemukan petang tadi.
“Terdapat kolam takungan di lokasi itu sebelum ini. Jadi mungkin sukar untuk masuk,” katanya. – 21 Oktober, 2018