Iklan

Penyelamat temui mayat korban tanah runtuh ke-8

Looi Sue-Chern6 years ago22nd Oct 2018Berita
Bomba-penang landslide
Pasukan mencari dan penyelamat berjaya menemui satu lagi mangsa tanah runtuh di Pulau Pinang, menjadikan jumlah pekerja yang maut kepada lapan orang. – Gambar ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat, 22 Oktober, 2018.
Iklan

PASUKAN mencari dan menyelamat menemui mayat korban kelapan yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Paya Terubong, Pulau Pinang pada sekitar tengah hari ini, menjadikan bilangan pekerja yang belum ditemui kepada dua orang.

Mayat tersebut dipercayai adalah pekerja Indonesia yang dikenali sebagai Subaeri.

Tidak lama selepas kejadian tanah runtuh pada Jumaat lepas, penyelamat menemui dua mayat dan pada Sabtu, dua lagi mayat ditemui. Semalam, tiga mayat berjaya dikeluarkan.

Sebanyak empat pekerja terselamat dengan mengalami kecederaan. Semua mangsa adalah warga asing. – 22 Oktober, 2018.

Iklan
Iklan