Iklan

Mayat mangsa ke 9 tragedi tanah runtuh ditemui 

Looi Sue-Chern6 years ago22nd Oct 2018Berita
Bomba
Pasukan penyelamat mengangkat mayat mangsa ke sembilan runtuhan yang ditemui kira-kira jam 5 petang hari ini.– Gambar JBPM, 22 Oktober, 2018
Iklan

PASUKAN mencari dan menyelamat menemukan mayat ke sembilan mangsa tragedi tanah runtuh di Paya Terubong di Pulau Pinang. 

Mayat terbabit ditemukan di bawah kontena ke tiga belas kira-kira jam 5 petang hari ini. 

Pasukan mencari dan menyelamat memfokuskan kepada pencarian kontena ke 13 itu, dan berharap untuk menemui baki mangsa yang masih hilang. 

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Mohamad Shoki Hamzah berkata mangsa kesembilan itu dikenal pasti sebagai Mohamad Uzzal, 33, warga Bangladesh.

“Dia ditemukan tertanam 5m dlama tanah. Kontena itu ranap,” katanya.

Sejurus selepas kejadian tanah runtuh Jumaat lalu, pihak berkuasa menemukan dua mayat. Pada Sabtu, dua lagi mayat ditemukan manakala semalam tiga lagi mayat ditemui di lokasi runtuhan. 

Sementara itu, empat mangsa terselamat dan hanya mengalami kecederaan. Kesemua mangsa terbabit adalah warga asing. – 22 Oktober, 2018

Iklan
Iklan