Iklan

Ramai penjawat awam, polis bergaji bawah RM5,000

Yasmin Ramlan6 years ago22nd Oct 2018Berita
Iklan

HANYA satu perempat daripada penjawat awam memperolehi gaji lebih daripada RM5,000, menurut angka yang didedahkan Putrajaya hari ini. 

Sebahagian besarnya, seramai 76% daripada 1,146,222 orang yang berpangkat Gred 44 dan ke bawah didapati memperolehi pendapatan kurang daripada itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong menerusi jawapan bertulis di Parlimen hari ini berkata, kakitangan berkenaan bagaimanapun menerima imbuhan tetap dan elaun tidak tetap.

Jelasnya, ia hanya melibatkan kakitangan perkhidmatan awam persekutuan dan polis, dan tidak termasuk Angkatan Tentera Malaysia, badan berkanun dan kerajaan negeri.

Sekiranya imbuhan dan elaun itu diambil kira, penjawat awam berpendapatan bawah RM5,000 itu bagaimanapun hanya berjumlah 65% daripada jumlah penjawat awam, katanya.

Angka itu berdasarkan data daripada Jabatan Akauntan Negara Malaysia sehingga 30 Jun 2018, kata Liew, menjawab soalan ahli Parlimen Nibong Tebal, Mansor Othman.

Mansor meminta beliau menjelaskan angka berkenaan dan ingin tahu rancangan kerajaan untuk mengurangkan beban hidup golongan berkenaan.

Dalam jawapan selanjutnya, Liew berkata kerajaan akan mengkaji elaun dan gaji berkenaan dari masa ke masa berdasarkan prinsip tertentu.

Tambahnya kenaikan gaji dan elaun tersebut perlu dipertimbang dengan berhati hati dengan kerana pelaksanaannya “memberi implikasi perbelanjaan mengurs yang tinggi serta kedudukan kewangan kerajaan”. – 22 Oktober, 2018

Iklan
Iklan