Pencarian mangsa terakhir tragedi tanah runtuh diteruskan
Iklan
PENCARIAN mangsa terakhir tragedi tanah runtuh Paya Terubong di Pulau Pinang memasuki peringkat akhir.
Pegawai pesuruhjaya bomba Pulau Pinang Saadon Moktar berkata, 90% kawasan pencarian sudah dibersihkan.
Pencarian kini akan diteruskan tanpa henti sehingga mayat mangsa terakhir - yang dipercayai warga Bangladesh Md Rahazan - ditemui, katanya.
“Kita ada pencahayaan yang cukup dan cuaca baik. Kita sudah bersihkan 90% dan akn teruskan pencarian malam ini.
“Kita harap dapat tamatkan pencarian malam ini,” katanya kepada pemberita.
Malam tadi, operasi mencari dihentikan berikutan hujan dan disambung pada jam 8 pagi hari ini.
Kejadia tanah runtuh di tapak pembinaan jalan raya di Paya Terubong itu menyebabkan beberapa buruh warga asing terbunuh.
Setakat ini, sembilan mayat sudah ditemui. Dua daripadanya ditemui pada Jumaat dan dua lagi pada Ahad. Semalan satu lagi mayat ditemui.
Dua mayat terbaru ditemui hari ini, dan kini hanya tinggal Rahazan yang masih belum ditemui, menurut senarai mangsa pihak berkuasa yang dilaporkan hilang dalam kejadian itu. – 22 Oktober, 2018