Iklan

Tanah berpasir antara penyumbang runtuhan Paya Terubong, kata ahli akademik 

Looi Sue-Chern6 years ago23rd Oct 2018Berita
Profesor habibah lateh
Pakarhakisan dan tanah runtuh Universiti Sains Malaysia, Profesor Habibah Lateh ketika bercakap kepada pemberita ketika melawat tapak runtuhan tanah di Paya Terubong hari ini. – Gambar The Malaysian Insight, 23 Oktober, 2018
Iklan

KONTRAKTOR bagi projek pembinaan jalan di Paya Terubong yang mengalami tanah runtuh Jumaat lalu, menggunakan tanah berpasir yang tidak sesuai untuk projek di lereng bukit, kata pakar hakisan dan tanah runtuh Universiti Sains Malaysia. 

Profesor Habibah Lateh, yang melawat kawasan runtuhan bersama Agensi Pengurusan Bencana Malaysia hari ini berkata, beliau “terkejut” dengan topografi kawasan itu. 

“Tanahnya longgar.. Jika kamu lihat tanah yang mereka gunakan untuk menarah dan menambun lereng bukit, kamu daat lihat ia lebih berpasir. Ia tidak keras. 

“Tanah yang betul perlu digunakan untuk kerja-kerja sedemikian; dari jenis tanah yang keras, kuat dan sesuai. Jurutera perlu ke tapak pembinaan untuk memantau kerja,” katanya kepada pemberita hari ini.

Habibah berkata, Bukit Kukus adalah bukit granit, dan granit menghasilkan tanah berpasir kerana perubahan cuaca kimia. 

Tragedi tanah runtuh itu menyebabkan beberapa orang pekerja asing terbunuh di tapak pembinaan Bukit Kukus Jumaat lalu, yang mana pembianan jalan Paya Terubong sedang dijalankan. 

Runtuhan menyebabkan 13 kontena yang masih mempunyai beberapa pekerja di dalamnya tertimbus. Tiada kerja pembinaan dijalankan ketika kejadian. 

Habibah berkata terdapat aliran air di lereng yang menempatkan kontena berkenaan dan menambah “lereng itu pasti akan runtuh”.

Penyelidik dari USM itu turut mempersoalkan sekiranya ada pemantauan kerja dilakukan di tapak berkenaan. 

“Kita perlu ikut prosedur operasi standard apabila melaksanakan projek seperti ini. Ini bermakna pemantauan perlu dibuat. Siapa yang melakukan pemantauan?

“Saya hanya ahli akademik. Saya tidak salahkan sesiapa. Saya tidak tahu sama ada SOP dipatuhi.

“Pelan Penstrukturan Pulau Pinang dah cantik. Ia menyatakan pembinaan tidak bileh dibuat pada 76 meter dari paras laut dan di lereng berkecerunan 25 darjah. Tetapi siapa yang memantau? Apabila tiada pemantauan, ini lah yang berlaku.”

Habibah berkata perlu ada kajian lanjut terhadap topografi, garisan kontur dan kesesuaian tanah untuk projek sebegitu. 

“Kita perlu ambil kira faktor manusia, belajar dari kesilapan dan akui kelemahan.”  – 23 Oktober, 2018

Iklan
Iklan