Iklan

Pulau Pinang tubuh jawatankuasa khas siasat tanah runtuh Paya Terubong

Looi Sue-Chern6 years ago24th Oct 2018Berita
Chow kon yeow
Jawatankuasa yang bukan suruhanjaya siasatan itu akan menentukan apakah yang sebenarnya berlaku di tapak pembinaan jalan tersebut dan mengenal pasti jika ada pihak yang bertanggungjawab, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow. – Gambar The Malaysian Insight oleh David S T Loh, 24 Oktober, 2018.
Iklan

KERAJAAN Pulau Pinang menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menyiasat tanah runtuh yang berlaku di Paya Terubong Jumaat lepas, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Jawatankuasa yang bukan suruhanjaya siasatan itu akan menentukan apakah yang sebenarnya berlaku di tapak pembinaan jalan tersebut dan mengenal pasti jika ada pihak yang bertanggungjawab.

Sekiranya jawatankuasa itu menemui unsu-unsur kecuaian dalam kejadian, penemuan itu akan dirujuk kepada badan profesional berkaitan,” kata Chow.

Timbalan Ketua Menteri I Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman yang juga merupakans seorang jurutera awam bertauliah akan mengetuai jawatankuasa tersebut. Ia turut dianggotai oleh Exco kerajaan negeri, Zairil Khir Johari dan seorang jurutera dari pejabat setiausaha negeri yang akan dilantik nanti.

Jawatankuasa itu juga akan memutuskan pihak lain yang boleh menyertai siasatan seperti Penang Institute of Engineers atau Lembaga Jurutera Malaysia, kata Chow.

Bagaimanapun, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) tidak akan menyertai jawatankuasa itu kerana ia adalah pemilik projek jalan raya di Paya Terubong di mana tanah runtuh berlaku. – 24 Oktober, 2018.

Berita penuh di sini.      

Iklan
Iklan