Iklan

Tiada lagi menteri hal ehwal Parlimen selepas ini

Yasmin Ramlan6 years ago24th Oct 2018Berita
Dewan rakyat ceremony 170718 tmiseth 01
Timbalan Speaker Dewan Rakyat Nga Kor Ming berkata tiada lagi menteri bertanggungjawab atas hal ehwal Parlimen selepas Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Parlimen berkuat kuasa. – Gambar fail The Malaysian Insight, 24 Oktober, 2018.
Iklan

TIADA lagi menteri akan bertanggungjawab ke atas hal ehwal Parlimen selepas Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Parlimen berkuat kuasa, kata Timbalan Speaker Dewan Rakyat Nga Kor Ming.

Nga berkata ia salah satu ketetapan baharu dalam Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Parlimen yang akan menggantikan Akta Perkhidmatan Parlimen.

“Kali ini kita mempunyai akta berkenaan (dan melaluinya) Parlimen akan mempunyai kewangan sendiri, tidak akan ada menteri yang bertanggungjawab atas urusan Parlimen.

“Speaker akan menjadi ketua Dewan, yang akan mempengerusikan Dewan,” katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen hari ini.

Pada waktu ini, menteri bertanggungjawab ke atas Parlimen adalah VK Liew yang mengambil alih daripada menteri Barisan Nasional, Azalina Othman Said.

Nga berkata dengan pelaksanaan akta itu, Parlimen juga tidak lagi diletakkan di bawah JPM.

Sebelum ini, kerajaan melantik seorang ahli Dewan Rakyat atau Dewan Negara sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk mengendalikan urusan di Parlimen.

“Dari segi autonomi kewangan, ia tidak lagi berada di bawah JPM,” katanya. – 24 Oktober, 2018

Iklan
Iklan