Iklan

Parlimen perlu lebih ramai penyelidik, kata Speaker

Kamles Kumar6 years ago24th Oct 2018Berita
Mohamad ariff parliament tmikamal 03
Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof mengalu-alukan golongan pakar untuk menyertai pasukan penyelidik Parlimen.– Gambar fail The Malaysian Insight, 24 Oktober, 2018
Iklan

13 kakitangan penyelidik Parlimen tidak cukup untuk memenuhi keperluan ahli Parlimen, kata Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof. 

Beliau yang juga merupakan bekas hakim berkata perlu lebih ramai penyelidik untuk meningkatkan kualiti perbahasan. 

“Ia jelas tidak mencukupi. Kami mahu tingkatkannya (jumlah penyelidik). 

“Kita ada 13 penyelidik, yang mana ia tidak mencukupi. Parlimen merupakan yempat di mana pelbagai topik dibincangkan. Kita amat memerlukan pakar dalam beberapa bidang bagi memenuhi mahlumat dan data kepada (mana-mana) ahli Parlimen,” kata Ariff pada sidang media hari ini. 

Beliau berkata dalam negara seperti Australia, Parlimen mempunyai lebih 80 penyelidik. 

Ariff berkata pasukan penyelidik Parlimen Malaysia perlu ditambah baik untuk menjadikannya bertaraf dunia. 

Katanya, Parlimen perlu memiliki penyelidik yang berkualiti. 

“Kuantiti adalah satu perkara. Kita perlu memiliki pegawai penyelidik. Kami sentiasa mengalu-alukan pakar,” katanya. 

Penyelidik Parlimen akan mengkaji isu dan menyediakan maklumat kepada ahli Parlimeen di kedua-dua pihak mengenai isu yang dibahaskan di dalam Dewan. – 24 Oktober, 2018

Iklan
Iklan