Iklan

Polis tubuh pasukan khas siasat tragedi Bukit Terubong

Looi Sue-Chern6 years ago25th Oct 2018Berita
Paya terubong 211018
Tragedi tanah runtuh di Paya Terubong mengorbankan sembilan nyawa pekerja asing. – Gambar Jabatan Bomba dan Penyelamat, 25 Oktober, 2018.
Iklan

POLIS Pulau Pinang menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat tragedi tanah runtuh di Bukit Kukus sama ada kejadian itu mempunyai kaitan jenayah kecuaian, kata ketua polis negeri Komisioner A. Thaiveegan.

Kejadian tanah runtuh itu berlaku di tapak pembinaan jalan di Paya Terubong pada Jumaat lepas, mengorbankan sembilan pekerja asing.

Thaiveegan berkata pasukan itu akan diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri Asisten Komisioner Zainol Samah.

“Siasatan itu akan dijalankan meliputi aspek jenayah kecuaian melibatkan mana-mana pihak yang bertanggungjawab terhadap tapak pembinaan dan keselamatannya,” kata Thaiveegan kepada media menerusi aplikasi WhatsApp hari ini.

Semalam, Ketua Menteri Chow Kon Yeow mengumumkan satu jawatankuasa khas untuk menyiasat kejadian tanah runtuh itu.

Jawatankuasa itu yang bukan melibatkan suruhanjaya siasatan, akan mengenalpasti kejadian sebenar yang berlaku di tapak pembinaan itu dan pihak yang bertanggungjawab sekiranya ada.

Chow berkata jawatankuasa itu akan mengenalpasti sebarang elemen kecuaian dan jika wujud, ia akan diserahkan kepada badan profesional.

Timbalan Ketua Menteri Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman yang merupakan seorang jurutera awam, mengetuai jawatankuasa tersebut.

Lain-lain hali adalah exco kerja raya Zairil Khir Johari dan seorang jurutera dari pejabat setiausaha negeri akan dilantik tidak lama lagi.

Berita penuh di sini. – 25 Oktober, 2018.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan