Iklan

Tiada lagi pengarah GLC yang bergaji seperti Irwan, kata Azmin

Kamles Kumar6 years ago25th Oct 2018Berita
Irwan serigar 251018 tmiseth 01
Bekas ketua setiausaha perbendaharaan Mohd Irwan Serigar Abdullah ketika berkuasa menerima lebih RM3 juta kerana memegang pelbagai jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 25 Oktober, 2018.
Iklan

TIDAK akan ada lagi penjawat awam yang menerima gaji mewah kerana kedudukan mereka dalam lembaga pengarah syarikat berkaitan kerajaan (GLC), seperti bekas ketua setiausaha perbendaharaan Mohd Irwan Serigar Abdullah, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali.

Ahli Parlimen Gombak itu menambah kejadian seperti yang melibatkan Irwan yang memegang jawatan dalam 23 syarikat Kementerian Kewangan Diperbadankan (MoF Inc) sehingga menerima upah RM3,867,667.92 tidak akan berulang.

Pada 2017 sahaja, jawatan dipegang Irwan dalam syarikat tersebut membolehkan beliau menerima RM1,212, 979.87.

“Kami mahu membayar atau beri elaun sesuai kepada ahli lembaga pengarah ini, tetapi kita tak boleh benarkan gaji tinggi untuk seseorang yang menguruskan GLC yang merupakan milik kerajaan,” kata Azmin kepada wartawan di lobi Parlimen hari ini.

Tambahnya, tiada lagi lantikan politik dalam GLC dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC).

“Sudah diputuskan yang tidak akan ada lagi lantikan politik dalam mana-mana lembaga pengarah, kerana kita mahu golongan profesional menguruskan GLC kita,” katanya/

Azmin yang juga timbalan presiden PKR itu berkata kerajaan Pakatan Harapan sudah mengeluarkan semua lantikan politik dalam GLC seperti Tabung Haji dan Felda sejak berkuasa.

“Untuk kebanyakan GLC utama, kami sudah menyemak semula keahlian lembaga pengarah, lihat sahaja Tabung Haji, Felda- kami sudah mengeluarkan semua ahli politik (dan) kami letak profesional untuk mentadbir dan menguruskan GLC,” katanya.

Irwan hari ini didakwa bersama-sama bekas perdana menteri Najib Raza katas enam pertuduhan pecah amanah melibatkan RM6.63 juta dana kerajaan.

Mereka dibebaskan dengan ikat jamin sejuta seorang. – 25 Oktober, 2018.

Iklan
Iklan