JKKP perlukan dron pantau tapak pembinaan, kata menteri
Iklan
JABATAN Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) perlu mula menggunakan dron untuk memantau tapak pembinaan bagi tujuan keselamatan, kata Menteri Sumber Manusia M. Kulasegaran.
Katanya tugas JKKP melibatkan operasi berisiko dan berbahaya, sekali gus membuat tugas pemantauan sukar dilaksanakan tanpa penggunaan dron.
Katanya JKKP mempunyak kekuatan kira-kira 1,600 anggota tetapi langsung tidak memiliki dron.
“Kita akan meminta peruntukan untuk melengkapi jabatan itu dengan dron.
“Kita amat prihatin dengan masalah tersebut. Kita kekurangan peralatan untuk menangani masalah itu.
“Jika kita mempunyai peralatan itu, kita boleh mengambil langkah proaktif. Kita juga mahu mendapatkan teknologi terkini untuk membantu tugas pemantauan,” katanya kepada media selepas melawat lokasi kejadian tanah runtuh di Bukit Kukus, Paya Terubong petang tadi.
Tragedi itu berlaku di tapak pembinaan jalan di Paya Terubong pada Jumaat lalu, menyebabkan sembilan pekerja asing maut.
Kejadian itu dipercayai berpunca apabila kontraktor gagal mematuhi pelan kawalan rekahan dan hakisan.
Pihak majlis bandaraya juga mendakwa pihak kontraktor menutup sumber air di bukit berkenaan tanpa mengalihkan laluan air tersebut.
Kulasegaran berkata beliau dimaklumkan terdapat aliran air di bukit itu dan dua faktor utama yang menyebabkan keadaan hakisan semakin teruk di kawasan itu.
“Saya diberitahu kira-kira 42,000 tan tanah terhakis dan runtuh.”
Katanya JKKP akan menyiasat tragedi itu secara terperinci.
Berita penuh di sini.