Iklan

Datuk Bandar MBPP janji laksana siasatan terperinci tragedi Bukit Kukus

Looi Sue-Chern6 years ago26th Oct 2018Berita
Penang mayor yew tung seang david tmi 221018
Datuk Bandar MBPP Yew Tung Seang memberi jaminan kepada penduduk bahawa pihaknya akan menjalankan siasatan terperinci susulan insiden tanah runtuh di Bukit Kukus. – Gambar fail The Malaysian Insight, 26 Oktober, 2018.
Iklan

MAJLIS Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) berjanji kepada persatuan penduduk bahawa akan menyiasat secara terperinci insiden tanah runtuh yang berlaku di Bukit Kukus, kata Datuk Bandarnya, Yew Tung Seang.

MBPP terlibat dalam projek pembinaan jalan di Paya Terubong, lokasi tanah runtuh yang menyaksikan sembilan pekerja asing maut pada Jumaat lepas.

Yew yang bertemu dengan kumpulan aktivis dan persatuan penduduk termasuk Penang Forum awal hari ini, berkata MBPP berkongsi pandangan yang sama terhadap kebimbangan yang disuarakan oleh pihak terlibat berhubung kejadian tanah runtuh di kawasan itu.

“Kita juga mahu mengetahui bagaimana kejadian itu boleh berlaku. Kita juga mempunyai persoalan yang sama seperti anda. Kita telah mengeluarkan arahan menghentikan pembinaan di lokasi itu dengan serta-merta.

“Kita juga menuntut penjelasan daripada perunding kontraktok dan jurutera selain siasatan bebas,” katanya kepada wakil persatuan dalam pertemuan tersebut.

“Kerajaan negeri juga telah membentuk jawatankuasa khas untuk menyiasat punca utama kejadian itu manakala polis, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) juga menjalankan siasatan.

“Kita tunggu sahaja keputusan siasatan. Jika berlaku kecuaian, kita akan mengambil tindakan.”

Yew berkata MBPP mempunyai jawatakuasa sendiri yang terdiri daripada golongan profesional untuk menyiasat perkara itu.

“Kita berjanji kepada anda akan menyiasat secara mendalam kejadian ini,” katanya.

Terdahulu, wakil Penang Forum dan beberapa wakil persatuan penduduk berkumpul di luar bangunan MBPP untuk menunjukkan solidariti kepada mangsa yang terbunuh dalam tragedi di Bukit Kukus dan insiden di Tanjung Bungah pada tahun yang yang mengorbankan 11 pekerja.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan