Iklan

Suhakam kecewa Singapura hukum mati rakyat Malaysia

Kamles Kumar6 years ago26th Oct 2018Berita
Suhakam razali ismail 160318 tmiseth 02
Pengerusi Suhakam Razali Ismail mengeluarkan kenyataan berhubung pelaksanaan hukuman mati oleh Singapura ke atas rakyat Malaysia, Prabu Pathmanathan awal hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 26 Oktober, 2018.
Iklan

SURUHANJAYA Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menyuarakan rasa kecewa terhadap keputusan Singapura untuk meneruskan hukuman mati terhadap rakyat Malaysia, Prabu Pathmanathan awal hari ini.

Pengerusinya, Razali Ismail mengecam keputusan negara jiran itu melaksanakan hukuman mati bagi kesalahan dadah kerana ia melanggar Antarabangsa Menentang Segala Bentuk Diskriminasi Kaum serta Perjanjian Sivil dan Hak Politik (ICCPR).

“Suhakam sekali lagi menyuarakan kekecewaan terhadap tindakan Singapura meneruskan amalan undang-undang yang tidak berperikemanusiaan yang melanggar hak asasi manusia,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Razali berkata berdasarkan ICCPR, hukuman mati hanya dilaksanakan bagi jenayah serius dan tidak terpakai kepada kesalahan dadah.

“Perkara ini sudah dijelaskan berulang kali oleh Jawatankuasa Hak Asasi Manusia berhubung konvensyen itu yang menyatakan bahawa kesalahan dadah tidak melibatkan hukuman mati,” katanya.

Suhakam juga mendesak kerajaan Singapura untuk memansuhkan hukuman mati.

Bagaimanapun Malaysia masih belum memansuhkan hukuman mati walaupun digesa oleh aktivis tempatan.

Prabu, 31, dijatuhi hukuman mati bagi kesalahan menyeludup 227.82g dadah diamorphine atau heroin ke republik ini pada 31 Disember 2014. – 26 Oktober, 2018.

Iklan
Iklan