Anak Pinang mahu sertai jawatankuasa khas siasat tragedi Bukit Kukus
Iklan
SEBUAH lagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Pulau Pinang meminta kerajaan negeri untuk memasukkan wakilnya di dalam jawatankuasa khas bagi menyiasat tragedi tanah runtuh Bukit Kukus.
Dalam kenyataan hari ini, kumpulan Anak Pinang berkata kerajaan negeri perlu menghentikan amalan pilih kasih dalam berurusan dengan kumpulan aktivis.
Anak Pinang berkata pihaknya menyambut baik keputusan kerajaan negeri untuk bersemuka dengan kumpulan hak aktivis dan mempertimbangkan sama ada memasukkan wakil NGO ke dalam jawatankuasa terbabit.
Namun kumpulan itu berkata kerajaan negeri perlu berlaku adil kepada semua NGO dan mengelak daripada mengenepikan mana-mana pihak.
“Mereka (kerajaan negeri) perlu sentiasa telus dan adil terhadap permintaan orang awam dan NGO.
“Dalam kejadian baru-baru ini, kerajaan negeri bersetuju untuk memberi slot kepada NGO dan Anak Pinang juga mahu terlibat sebagai sebahagian ahli jawatankuasa khas itu.”
Anak Pinang berkata pihaknya mempunyai ahli dalam kalangan pakar perundangan dan jurutera profesional yang mampu memberi sumbangan kepada jawatankuasa itu.
Kerajaan Pulau Pinang menubuhkan sebuah jawatankuasa khas yang diketuai oleh Timbalan Ketua Menteri I Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman bagi menyiasat tragedi tersebut. – 26 Oktober, 2018.
Berita penuh di sini.