Iklan

MCA tidak akan serahkan kolej dan universiti, kata Wee

Bernard Saw6 years ago27th Oct 2018Berita
Utar 100918 tmiseth 02
Calon presiden MCA, Ngoo Teck Keong, berkata penyerahan Kolej Tunku Abdul Rahman dan Universiti Tunku Abdul Rahman kepada kerajaan akan membantu parti memberikan tumpuan kepada politik. – Gambar fail The Malaysian Insight, 27 Oktober, 2018.
Iklan

INSTITUSI pengajian tinggi (IPT) yang dimiliki MCA menjadi topik tumpuan utama dalam pemilihan presiden parti selepas calonnya mencadangkan ia diserahkan kepada kerajaan.

Calon presiden MCA, Ngoo Teck Keong, berkata penyerahan Kolej Tunku Abdul Rahman (TARC) dan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) akan membantu ia memberikan tumpuan kepada urusan terasnya iaitu politik.

Selain itu, beliau berkata mereka tidak kisah sekiranya IPT ini menjadi sebahagian daripada pembiayaan sistem kerajaan.

Bagaimanapun, cadangan ini tidak diterima baik oleh Timbalan Presiden MCA Dr Wee Ka Siong yang turut bertanding merebut jawatan presiden, mengatakan mereka tidak akan menyerahkan institusi pengajian tinggi itu kepada Putrajaya.

“Tidak, beliau tidak boleh. Kerajaan sudah berubah sejak pilihan raya, jadi mengapa kita harus menyerahkannya kepada kerajaan baharu.

“Ia masih beroperasi dengan lancar dan peranan UTAR dan TARC masih sama, jadi mengapa menyerahkannya?” katanya.

Wee berkata demikian susulan kenyataan Ngoo yang mencadangkan beliau akan menyerahkan UTAR dan TARC kepada kerajaan sebagai sumbangan ke arah pendidikan.

“Kerajaan tidak perlu menanggung kos tambahan, dan kami mempunyai kakitangan dan sumber yang mencukupi.”

Wee berkata mereka sudah menyerahkannya kepada para profesional untuk mengurus institut itu dan menjadikannya sebuah institut elit, agar tidak wujud sebarang konflik.

Presiden MCA Dr Wee Ka Siong bertegas tidak akan menyerahkan institusi pengajian tinggi dimiliki parti itu kepada Putrajaya. – Gambar fail The Malaysian Insight, 27 Oktober, 2018.

“Kenapakah kita menyerahkannya kepada kerajaan? Supaya kita tidak terlibat lagi?

“Matlamat penubuhan kolej ini adalah untuk memberikan lebih banyak peluang kepada komuniti Cina. Pengasasnya mungkin tidak bersetuju dengan cadangan beliau itu,” katanya.

Jawatan presiden, yang dijangka menjadi pertarungan satu lawan satu antara Wee dan Gan Ping Sieu, bertukar menjadi perlawanan tiga penjuru selepas Ngoo turut bertanding.

Gan berkata ia bergantung kepada keputusan semua ahli parti.

 “Jika mereka menerima cadangan itu, mereka boleh bersetuju dengannya (untuk menyerahkan kolej).” – 27 Oktober, 2018.

Iklan
Iklan