Hati-hati dengan 'tuntutan melampau' LGBT, bekas transgender beri amaran
Iklan
SEORANG bekas transgender memberi amaran kepada masyarakat untuk tidak menyokong secara mendadak dan menerima semua tuntutan komuniti Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender (LGBT).
Mohd Khariri Mohamad Ramli, yang hidup sebagai wanita transgender selama 10 tahun sebelum kembali kepada identiti lelaki pada tahun 2012, berkata, walaupun orang harus melayan golongan itu dengan kasih sayang dan belas kasihan, namun mereka harus berhati-hati terhadap tuntutan mereka yang boleh merosakkan nilai moral.
“(Mereka) mahu memulakan perniagaan, buatlah. Tetapi nanti, mereka hendak berkahwin dengan teman lelaki mereka (pula),” katanya dalam satu seminar di Pulau Pinang mengenai komuniti LGBT.
“Apa yang akan kita ajarkan kepada anak-anak kita di sekolah? Oh, anda mahu menjadi transgender? Boleh, tak ada masalah. (Tetapi nanti) Kes HIV dan AIDS akan meningkat di Malaysia,” kata penceramah motivasi Selangor itu.
Terdahulu di seminar hari ini, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Keluarga dan Masyarakat dan Masyarakat, Jabatan Pembangunan Islam (Jakim), Dr Mohd Izwan Mohd Yusof berkata terdapat kira-kira 30,000 orang transgender di negara ini, meningkat daripada 10,000 pada tahun 1988.
Khariri berkata sebagai seorang transgender, beliau telah lama menderita akibat prejudis masyarakat, mendakwa bahawa ketika beliau mula mengajar, beliau dituduh sebagai seorang pedofilia dan sering menjadi objek ejekan.
Beliau menggesa orang ramai untuk menunjukkan belas kasihan kepada komuniti LGBT, sambil menambah bahawa beliau pernah tertekan akibat prasangka bahawa beliau telah membuang payudaranya. – 29 Oktober, 2018.