Iklan

Rogol dalam perkahwinan, sukar buktikan suami bersalah

Looi Sue-Chern6 years ago30th Oct 2018Berita
Parliament hanipa maidin 181018 tmiseth 17
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Hanipa Maidin berkata sukar membuktikan kesalahan rogol dalam perkahwinan dan peluang suami dibebaskan lebih tinggi. – Gambar fail The Malaysian Insight, 30 Oktober, 2018.
Iklan

KERAJAAN Pakatan Harapan (PH) tidak mempunyai rancangan meminda undang-undang untuk menjadikan perbuatan rogol dalam perkahwinan (marital rape) sebagai satu kesalahan jenayah, kata timbalan menteri yang bertanggungjawab terhadap undang-undang kepada Dewan Rakyat hari ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Hanipa Maidin berkata ia sukar untuk membuktikan jenayah itu dan peluang suami yang dituduh merogol isteri dibebaskan lebih tinggi, katanya ketika sesi soal jawab.

Sebuah jawatankuasa pemilih Parlimen yang mengkaji peruntukan terhadap pemerkosaan dalam perkahwinan pada Julai 2016 akhirnya tidak bersetuju dengan menjadikan ia satu jenayah, katanya.

“Kerajaan tidak boleh menjadikannya jenayah. Ia amat sukar untuk dibuktikan di mahkamah. Jika anda membawanya ke mahkamah, lebih mudah bagi bagi tertuduh dibebaskan,” kata ahli Parlimen Sepang itu, sambil menambah sokongan diperlukan dalam kes rogol.

“Apa gunanya meletakkan ia dalam undang-undang apabila peluang untuk disabitkan adalah rendah?”

Beliau juga berkata di Malaysia, hanya ada satu kes rogol dalam perkahwinan dibawa ke mahkamah yang melibatkan pasangan asing.

“Mangsa kemudian menarik balik laporannya dan suami itu dibebaskan,” katanya ketika menjawab soalan Maria Chin Abdullah (PH-Petaling Jaya), yang membangkitkan perkara itu.

Maria juga bertanya sekiranya kerajaan bercadang meminda Seksyen 375 Kanun Keseksaan yang memberi imuniti kepada suami yang dituduh merogol isteri mereka.

Beliau berhujah undang-undang sedia ada tidak adil kepada wanita yang menjadi mangsa suami dan tiada hukuman wajar terhadap pasangan.

Hanipa menegaskan kerajaan tidak membuat sebarang keputusan baru mengenai perkara itu.

Tetapi beliau mengesahkan ia tetap menjadi kesalahan jika suami mencederakan isteri dengan niat untuk melakukan hubungan seksual.

Perkara ini boleh dihukum mengikut Seksyen 375A Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara tidak melebihi lima tahun. – 30 Oktober, 2018.

Berita penuh di sini

Iklan
Iklan