Iklan

24,000 wanita mendaftar program i-Suri dalam tempoh 2 bulan

Looi Sue-Chern6 years ago30th Oct 2018Berita
Becoming hannah 100115 tmiseth 05 copy
Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Hannah Yeoh menggalakkan Ahli Parlimen untuk membantu mempromosikan skim i-Suri di kawasan masing-masing. – Gambar fail The Malaysian Insight, 30 Oktober, 2018.
Iklan

KIRA-KIRA 24,000 wanita mendaftar untuk program Caruman Sukarela Insentif Suri (i-Suri), kata Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Hannah Yeoh.

Program itu skim simpanan sukarela yang diperkenalkan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) bagi menggalakkan suri rumah, ibu tunggal dan balu untuk menyimpan wang.

Yeoh memberitahu Dewan Rakyat hari ini bahawa seramai 24,000 wanita telah mendaftar dalam program itu setakat 15 Oktober sejak ia dibuka pada 15 Ogos lalu.

Katanya tiga negeri mencatatkan jumlan pendaftaran paling tinggi iaitu Sabah seramai 5,377, Terengganu (4,565) dan Kelantang (3,897).

“Program kesedaran dan siri jelajah tentang skim ini masih dijalankan untuk membolehkan lebih ramai wanita mengetahuinya,” katanya sambil menggalakkan Ahli Parlimen untuk membantu mempromosikan skim itu di kawasan masing-masing.

Mereka yang mendaftar dengan i-Suri akan mendapat manfaat sama seperti ahli Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) termasuk dividen tahunan bergantung kepada jumlah simpanan, pengeluaran pada usia 50, 55 dan 60 tahun, bantuan hilang keupayaan dan bantuan kematian.

Berdasarkan statisik eKasih, terdapat 221,890 suri rumah, 98,536 ibu tunggal dan 28,116 janda dari golongan miskin tegar dan layak untuk memohon skim i-Suri. – 30 Oktober, 2018.

Iklan
Iklan