Iklan

Dasar rundingan terus tender kerajaan akan dikaji, kata timbalan menteri

Looi Sue-Chern6 years ago30th Oct 2018Berita
Deputy finance amiruddin hamzah 031018
Timbalan Menteri Kewangan Amiruddin Hamzah mengulas perkara yang dibangkitkan dalam Dewan Parlimen berhubung hutang dan kewangan negara semasa perbahasan laporan kajian pertengahan Rancangan Malaysia Ke-11. – Gambar fail The Malaysian Insight, 30 Oktober, 2018.
Iklan

KERAJAAN Pakatan Harapan (PH) mengamalkan dasar persaingan tender terbuka tetapi tidak menolak sepenuhnya rundingan terus apabila memberikan kontrak, kata Timbalan Menteri Kewangan Amiruddin Hamzah.

Katanya tender terbuka untuk projek dan kontrak kerajaan akan menjadi amalan biasa selepas kerajaan melakukannya dengan tender terhad.

Berdasarkan manifesto pilihan raya umum lalu, PH berikrar untuk mengamalkan dasar persaingan tender terbuka bagi kontrak projek persekutuan dan negeri.

“Prinsip umumnya adalah tender terbuka bagi memastikan wang yang dibelanjakan berbaloi.

“Namun kerajaan tidak menolak sepenuhnya rundingan terus. Kita masih mengkajinya,” kata Amiruddin kadap Dewan Rakyat petang tadi.

Beliau mengulas perkara yang dibangkitkan dalam Dewan Parlimen berhubung hutang dan kewangan negara semasa perbahasan laporan kajian pertengahan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).

Katanya terdapat lima kriteria yang membolehkan kerajaan untuk mempertimbangkan rundingan terus bagi pemberian kontrak.

“Kita akan berunding terus jika terdapat keperluan segera atau memerlukan keseragaman.

“Kriteria lain adalah sumber bekalan dan perkhidmatan; tujuan keselamatan dan strategik seperti sistem pertahanan yang tidak boleh dibuka kepada semua; dan kontrak dengan syarikat Bumiputera seperti yang ditetapkan dalam pekeliling kerajaan BK7-13.

“Walaupun kita membuat tender terbuka, kita juga perlu melakukan RFP (permohonan cadangan). Apabila kita berdepan situasi yang menenkan dan terdapat keperluan penting, kita akan melakukannya (rundingan terus).”

Amiruddin berkata RFP merupakan kaedah penyumberan bekalan yang boleh digunakan dalam sistem tender terbuka apabila kementerian atau agensi kerajaan tidak pasti mekanisme yang terlibat dalam projek mereka.

“RFP boleh digunakan dalam kes tertentu. Sebagai contoh dalam perkhidmatan perundingan untuk reka bentuk dan pembinaan,” katanya. – 30 Oktober, 2018.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan