Iklan

Jejaskan hak Melayu, PAS tolak ratifikasi ICERD

Kamles Kumar6 years ago31st Oct 2018Berita
Parliament tuan ibrahim 221018 tmiseth 05
Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata ratifikasi ICERD akan menjejaskan kaum Melayu dan Bumiputera jika kerajaan Pakatan Harapan memutuskan untuk meneruskannya. – Gambar fail The Malaysian Insight, 31 Oktober, 2018.
Iklan

PAS menentang keputusan kerajaan untuk mengesahkan Konvensyen Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD)), mendakwa ia akan mencabul kedudukan istimewa orang Melayu.

Timbalan presiden parti Islam Tuan Ibrahim Tuan Man berkata ia akan menjejaskan kaum Melayu dan Bumiputera jika kerajaan Pakatan Harapan memutuskan untuk meneruskannya.

“Tindakan meratifikasi ICERD akan menyentuh beberapa tonggak utama berkaitan dengan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera yang termaktub di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan dan beberapa undang-undang lain,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Terdahulu hari ini, 100 orang yang dipimpin oleh pemimpin PAS dan Umno membantah rancangan kerajaan untuk mengesahkan konvensyen antarabangsa itu.

Tuan Ibrahim mendakwa ratifikasi itu akan menyebabkan membenarkan murtad dan membawa kepada penyingkiran status agama Islam dalam kad pengenalan Malaysia.

“Tindakan mengesahkan konvensyen ini juga akan membenarkan murtad. Ini juga menyokong gesaan pindaan Akta Pendaftaran Negara bagi membuang perkataan Islam daripada MyKad seseorang,” katanya.

PAS juga mendakwa ia bertentangan dengan usaha kerajaan baharu untuk mengkaji Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (Cedaw), Konvensyen Hak Kanak-kanak (CRC), dan Konvensyen mengenai Hak Orang Kurang Upaya (CPRD ) kerana ia tidak selaras dengan ajaran Islam. – 31 Oktober, 2018.

Berita penuh di sini

Iklan
Iklan