Iklan

Kerajaan negeri mula siasatan tragedi Bukit Kukus minggu depan

Looi Sue-Chern6 years ago1st Nov 2018Berita
Paya_Terubong_landslide_kongsi_sue-chern_19102018
Kejadian tanah runtuh di tapak pembinaan jalan di Paya Terubong mengorbankan sembilan nyawa pekerja asing. – Gambar fail The Malaysian Insight, 1 November, 2018.
Iklan

JAWATANKUASA siasatan khas kerajaan Pulau Pinang akan memulakan pendengaran kes tragedi tanah runtuh Bukit Kukus pada 8 November ini, kata pengerusinya.

Timbalan Ketua Menteri I Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, yang mengetuai jawatankuasa itu, berkata pihaknya akan memulakan pembentangan dan menyoal siasat pihak terlibat termasuk Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), jurutera perunding, jurutera penyemak bebas, kontraktor dan pegawai keselamatan projek.

MBPP merupakan pemilik projek pembinaan jalan di Paya Terubong, lokasi kejadian tanah runtuh berlaku pada 19 Oktober lalu yang menyebabkan sembilan pekerja asing terbunuh.

Zakiyuddin berkata jawatankuasa itu mengadakan mesyuarat pertama pada 30 Oktober untuk menetapkan terma dan keanggotaan jawatankuasa.

“Jawatankuasa ini akan meneliti dan mengkaji semula maklumat dan dokumen yang berkaitan dengan Projek Jalan Berkembar Bukit Kukus, mengenalpasti faktor kejadian dan pihak yang bertanggungjawab.

“Kita juga akan mencadangkan kepada kerajaan negeri tentang langkah yang perlu diambil bagi mencegah kejadian seperti ini tidak berulang pada masa hadapan,” katanya menerusi satu kenyataan.

Zakiyuddin berkata jawatankuasa itu mencadangkan tempoh sebulan sehingga 30 November ini untuk melengkapkan siasatan.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan