Iklan

Belanjawan hanya tumpu tingkat hasil kerajaan, tidak bantu rakyat, kata Zahid

Kamles Kumar6 years ago2nd Nov 2018Berita
Zahid hamidi parliament tmikamal 01
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata tidak ada insentif yang boleh membantu rakyat dalam Belanjawan 2019. – Gambar fail The Malaysian Insight, 2 November, 2018.
Iklan

BELANJAWAN 2019 memberi penekanan kepada peningkatan hasil kerajaan dan bukannya menyediakan lebih banyak insentif kepada rakyat, kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau menolak belanjawan pertama yang dibentangkan  kerajaan Pakatan Harapan baru itu.

“Tidak ada kejutan atau keajaiban dalam bentuk insentif untuk rakyat. Tiada peruntukan khusus untuk petani dan nelayan,” kata Zahid kepada wartawan di lobi Parlimen selepas Belanjawan 2019 dibentangkan.

Zahid, yang juga bekas timbalan perdana menteri, menambah pemotongan projek hanya memberi manfaat kepada kerajaan dan bukan rakyat.

“Kami melihat bahawa banyak projek besar dikurangkan. Dalam konteks ini, ia tidak mewakili bentuk simpanan.

“Itu juga untuk meningkatkan pendapatan kerajaan. Mereka cadang untuk menjual aset dan ini adalah langkah mundur, “kata Zahid.

Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Mokhtar Radin berkata Belanjawan 2019 adalah satu salinan semula bajet Barisan Nasional sebelum ini.

“Saya tidak melihat ini sebagai belanjawan baru, mereka hanya ubah nama sahaja. Selebihnya adalah kesinambungan belanjawan yang dibentang BN sebelum ini, “katanya kepada pemberita.

Beliau turut berkata beliau menjangka pendidikan percuma di Malaysia selepas RM60.2 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pendidikan.

“Saya mahu melihat apa yang berlaku dengan sektor pendidikan. Menterinya kata jika peruntukan RM40 bilion, beliau akan memberikan pendidikan percuma.

“Kali ini ia telah meningkat kepada RM60.2 bilion, saya ingin melihat sama ada beliau akan melaksanakan (pendidikan percuma) atau tidak,” tambah Bung. – 2 November, 2018.
 

Iklan
Iklan