Iklan

Tok Pa berhubung dengan Dr Mahathir ketika dalam Kabinet Najib

Kamles KumarZaim Ibrahim6 years ago3rd Nov 2018Berita
Tun mahathir 20181103 tmiafif 01
Hari ini, Dr Mahathir Mohamad mendedahkan bahawa Mustapa Mohamed, yang lebih dikenali dengan nama Tok Pa, sentiasa berhubung dengannya ketika masih dalam Kabinet Najib Razak. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 3 November, 2018.
Iklan

MUSTAPA Mohamed tidak berpuas hati ketika berkhidmat di bawah pentadbiran Najib Razak yang banyak membuat kesalahan tetapi takut untuk bersuara.

Hari ini, Dr Mahathir Mohamad mendedahkan bahawa Mustapa, yang lebih dikenali dengan nama Tok Pa, sentiasa berhubung dengannya ketika itu.

“Walaupun dalam Kabinet Najib, beliau selalu jumpa saya. Beliau tak paus hati, tetapi takut. Ramai orang takut dengan Najib,” kata perdana menteri pada sidang akhbar di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) hari ini. 

Bekas menteri perdagangan dan industri antarabangsa itu keluar Umno pada September dan menyertai Bersatu pada bulan lepas.

Mustapa berkata tindakannya keluar dari Umno adalah kerana sudah tidak lagi percaya kepada perjuangan parti.

Beberapa pemimpin Umno juga dijangka akan mengikut jejak beliau.

Dr Mahathir berkata Bersatu hanya akan menerima pemimpin yang telah disaring serta bebas dari tuduhan rasuah.

Beliau juga mengulangi pemimpin yang meninggalkan Umno perlu menajdi Bebas terlebih dahulu untuk seketika sebelum memohon masuk Bersatu.

“Kita akan nilai kualiti mereka yang nak masuk (Bersatu). Tak semuanya bersalah.

“Mereka yang menyokong orang yang curi duit, sudah pasti kita tak akan ambil. Kita mesti ikut apa yang berjalan di mahkamah.” – 3 November, 2018.

Iklan
Iklan