Zahid tetap dengan pendirian
Iklan
TIDAK kiralah apa yang akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno Jumaat depan, Ahmad Zahid Hamidi bekata beliau akan terus jadi presiden.
Zahid berkata beliau tetap tidak akan berganjak dari jawatan tertinggi Umno yang dipegangnya sejak dipilih melalui pemilihan parti akhir pada Jun.
“Saya tetap dengan pendirian saya tak kira apa yang berlaku (dalam mesyuarat),” katanya di Pulau Pinang hari ini ketika ditanya mengenai perkara itu.
Antara agenda mesyuarat tersebut ialah membincangkan cadangan Pemuda Umno supaya Zahid bercuti sementara menunggu kes mahkamahnya selesai.
Bekas timbalan perdana menteri itu kini berhadapan 45 pertuduhan pecah amanah dan pengubahan wang haram melibatkan keseluruhan wang berjumlah RM114.15 juta.
Daripada jumlah itu, RM22.25 juta didakwa bagi habuan meluluskan projek pengambilan pekerja asing ketika beliau jadi menteri dalam negeri. Zahid didakwa menerima rasuah
Bagi 27 pertuduhan pengubahan wang haram, melibatkan sekitar RM72.06 juta termasuk pembelian dua lot banglo di Kajang bernilai RM5.9 juta.
Zahid juga derdepan 10 pertuduhan pecah amanah melibatkan dana hampir RM20.83 juta milik Yayasan Akalbudi yang diuruskan oleh keluarganya.
Presiden Umno itu juga didakwa menerima suapan kerana melantik sebuah syarikat bagi menyediakn khidmat di pusat sehenti untuk Pakistan dan Nepal di Kementerian Dalam Negeri.
Zahid berada di Pulau Pinang, negeri keempat dalam jelajahnya ke seluruh negara untuk bertemu peminpin Umno dan akar umbi selepas dihadapkan ke mahkamah.
Berucap di hadapan 1,000 ahli Umno di Safira Country Club di Seberang Jaya, Zahid berkata beliau tidak kan rasa tertekan dengan desakan “undur” sebagai presiden selagi diberi mandat oleh perwakilan.
“Saya akan terus memimpin Umno untuk jadi parti yang lebih kuat. Ada yang minta saya bercuti, tapi saya tak akan tunduk atau takut pada sebarang tekanan.
“Mereka (musuh Umno) gunakan unsur dalaman untuk tekan saya. Ada udang di sebalaik batu.
“Tekan presiden suruh bercuti. Bila timbalan ambil alih, dia juga ditekan dengan cara yang sama. Kemudian sama juga pada naib presiden dan pemimpin lain… Jadi akhirnya Umno akan mati.
“Umno sudah lebih daripada 70 tahun. Jangan cuba nak takutkan kami,” kata Zahid. – 4 November, 2018.
MENYUSUL