Iklan

Guan Eng bidas kenyataan Kelantan diketepikan dalam Bajet 2019 

Looi Sue-Chern6 years ago8th Nov 2018Berita
Psx 20181107 202634
Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika berucap pada sesi taklimat khas mengenai Bajet 2019 di Pulau Pinang malam tadi.– Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 8 November, 2018
Iklan

KERAJAAN Kelantan yang diterajui PAS akan mendapat perbelanjaan pembangunan lebih banyak dari kerajaan persekutuan di bawah Bajet 2019, kata Lim Guan Eng, menafikan pentadbiran Pakatan Harapan memgetepikan negeri pantai timur.

Menteri Kewangan itu berkata perbelanjaan pembangunan negeri akan ditingkatkan daripada RM27.9 bilion kepada RM31.7 bilion, dengan Kelantan yang berdepan masalah kewangan mendapat RM1.376 bilion, lebih tinggi daripada RM1.214 bilion sebelumnya.

Ini membuktikan kerajaan PH adil kepada semua negeri, termasuk yang dikuasai oleh pembangkang, kata Lim.

“Saya kesal bahawa beberapa pemimpin Kelantan menuduh kami tidak mengambil berat tentang perkembangan negeri ini. Kerajaan persekutuan dan kerajaan lain ‘bukan maksum’ (tidak sempurna), tetapi mari kita meneruskan fakta. Jangan fitnah.

“Terdapat beberapa pemimpin pembangkang yang suka bermain sentimen, bukan fakta dan angka, yang tidak sihat. Apabila ia berkenaan pembangunan ekonomi, kita mesti pergi dengan fakta dan angka.

“Jika kita tidak, negara akan menurun. Mungkin ini sebab mengapa Kelantan menghadapi kesukaran membayar gaji pegawai negeri ... kerana mereka suka fitnah dan bukan fakta,” katanya kepada pemberita selepas taklimat khas mengenai Bajet 2019 di Pulau Pinang malam tadi.

Beliau berkata pembangkang harus berhenti memainkan sentimen dan menggunakan fitnah kerana pada akhirnya, ia akan menjadi yang kalah apabila rakyat melihat melalui retorik.

Ahli Parlimen dari parti Islam PAS yang menerajui Kelantan dan Terengganu, menuduh pentadbiran PH mendiskriminasi selepas kedua-dua negeri itu tidak disebut dalam ucapan bajet Lim.

Menteri Kewangan berkata beliau menghargai semua pendapat mengenai Bajet 2019, yang dibentangkan pada hari Jumaat, tetapi beberapa kenyataan yang dilaporkan dalam media tidak tepat.

Beliau berkata terdapat mereka yang mengkritik bajet kerana meletakkan sektor swasta di tengah-tengah usaha memacu ekonomi, dan bimbang syarikat firma Bumiputera mungkin hilang.

Beliau memberi jaminan bahawa syarikat Bumiputera tidak akan diketepikan, memandangkan kontraktor kelas Bumiputera F akan bersaing di kalangan mereka dalam amalan tender terbuka untuk projek melibatkan entiti Bumiputera seperti Mara dan Permodalan Nasional Bhd.

Agenda Bumiputera masih ada, tetapi kali ini, bersama-sama amalan tender terbuka, kata Lim.

“Tidak akan ada masalah. Sebelum ini, masalahnya adalah bahawa syarikat-syarikat perlu mendapatkan sokongan daripada ketua bahagian (parti). Hanya mereka yang mempunyai ‘kabel kuat’ akan mendapat projek.

“Kini, ia akan melalui tender terbuka. Tiada tandatangan sesiapa yang diperlukan. Tidak akan ada rundingan langsung atau tender terhad.

“Kami telah mempraktikkannya di Pulau Pinang, dan kami telah melihat beberapa kontraktor Bumiputera berkebolehan,” kata bekas ketua menteri itu. – 8 November, 2018

Iklan
Iklan