Kajian setengah tahun untuk tegak hak asasi manusia, kata Putrajaya
Iklan
MALAYSIA akan mengkaji semula usaha untuk menegakkan hak asasi manusia di negara ini setiap enam bulan mengikut cadangan Semakan Berkala Sejagat (UPR).
Ketua Setiausaha Kementerian Luar Ramlan Ibrahim berkata Putrajaya akan cuba memastikan cadangan yang dibuat oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
“Malaysia kini akan menjalankan kajian setengah tahun untuk memastikan cadangan UPR itu dilaksanakan.
“Kami percaya langkah ini akan memberi lebih banyak peluang kepada kami untuk mengkaji semula usaha kami, dan mengenal pasti perubahan-perunahan yang mungkin timbul,” katanya ketika menyampaikan ucapan pembukaan di UPR Malaysia di hadapan Majlis Hak Asasi Manusia PBB di Geneva, Switzerland.
UPR kali terakhir dijalankan pada 2013 dan cadangannya tidak diambil berat oleh kerajaan Barisan Nasional.
Ramlan berkata Putrajaya akan mengadakan mesyuarat tahunan dengan pihak berkepentingan dari organisasi masyarakat sivil.
“Kami sudahpun mempunyai jadual untuk mesyuarat tahunan yang akan diadakan antara pihak berkepentingan utama dari kerajaan dan kumpulan sivil, untuk memantau kemajuan pelaksanaan cadangan yang diterima dari kitaran ini.”
Mesyuarat pertama akan diadakan selepas delegasi Malaysia pulang dari Geneva, katanya.
Malaysia juga sedang cuba untuk memperbaiki keadaan hidup penduduk di Sabah dan Sarawak dengan peruntukan sebanyak RM350 dari kerajaan untuk tujuan tersebut.
“Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan RM350 juta bagi langkah-langkah khas untuk kedua-dua negeri, termasuk mahkamah adat, pembinaan kapasiti dan program tinjauan hak tanah adat,” kata Ramlan. – 8 November, 2018.