Iklan

Malaysia akan ratifikasi konvensyen anti diskriminasi

Kamles Kumar6 years ago8th Nov 2018Berita
Iklan

PUTRAJAYA akan terus menghormati piawaian hak asasi manusia antarabangsa termasuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Ketua Setiausaha Kementerian Luar Ramlan Ibrahim berkata kerajaan kini sedang mengkaji enam konvensyen hak asasi manusia termasuk ICERD.

“Kerajaan Malaysia komited untuk menyetujui enam instrumen hak asasi antarabangsa.

“Proses ke arah ratifikasi sekarang ini sedang dibincangkan,” katanya ketika ketika menyampaikan ucapan pembukaannya di Semakan Semakan Berkala Sejagat (UPR) Malaysia di hadapan Majlis Hak Asasi Manusia PBB di Geneva, Switzerland.

Selain ICERD, lima lagi konvensyen lain ialah Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak Sivil dan Politik; Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak-Hak Ekonomi, Sosial dan Budaya; Konvensyen Antarabangsa mengenai Perlindungan Semua Orang Daripada Kehilangan Yang Dipaksa; Konvensyen Menentang Penyeksaan dan Konvensyen Antarabangsa mengenai Perlindungan Hak Asasi Semua Pekerja Migran dan Ahli Keluarga.

Kerajaan juga bercadang untuk menyetujui Rome Statute dan telahpun berbincang mengenainya dengan peguam negara dan Kementerian Luar Negeri.  – 8 November, 2018.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan