Iklan

Pelancongan Pulau Pinang terima RM34 juta di bawah bajet negeri

Looi Sue-Chern6 years ago9th Nov 2018Berita
bajet 2019 penang
Ketua Menteri Chow Kon Yeow bersama para exco negeri sebelum membentangkan Bajet 2019 Pulau Pinang hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 9 November, 2018.
Iklan

KERAJAAN Pulau Pinang akan membelanjakan RM34 juta untuk sektor pelancongannya tahun depan, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Sektor perkhidmatan Pulau Pinang membentuk lebih separuh daripada ekonomi negeri, mengambil alih sektor pembuatan. Pelancongan pula merupakan penyumbang utama kepada sektor perkhidmatan.

“Pulau Pinang akan terus meningkatkan daya saingnya dalam pelancongan dengan memperbaiki program pelancongan dan kebudayaan tahun depan,” katanya semasa membentangkan bajet negeri hari ini.

Chow berkata selama tiga tahun, ketibaan pelancong meningkat, yang menyebabkan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang kini melebihi kapasiti sebanyak 6.5 juta penumpang.

Pada 2017, lapangan terbang mencatatkan 7.2 juta ketibaan penumpang, peningkatan 8.2% daripada tahun sebelumnya.

“Kami menjangkakan angka itu akan mencecah 7.8 juta tahun ini, yang akan membuktikan Pulau Pinang masih menjadi destinasi pelancongan yang popular di Asia.”

Chow berkata pengenalan penerbangan terus, acara antarabangsa dan festival menarik pelawat ke Pulau Pinang.

“Untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai destinasi pilihan, kami juga akan menumpukan kepada pembangunan negeri ini sebagai hab e-sukan.

“Pesta e-sukan Pulau Pinang yang baharu akan diadakan tahun depan dan bakal menjadi tarikan baharu,” katanya.

Chow juga berkata Daerah Seni Pulau Pinang di George Town akan menambahkan suasana seni dan budaya negeri.

Beliau juga berkata negeri itu akan terus membelanjakan RM3 juta untuk program tahunan Festival George Town yang popular pada tahun depan.

Perbelanjaan pelancongan dan berkaitan warisan yang lain di bawah Bajet 2019 termasuk RM7 juta untuk menaik taraf dan memperbaiki North Seafront, dan anggaran RM4 juta untuk East Seafront di sebelah terminal Swettenham Pier.

Pertumbuhan ekonomi

Chow berkata untuk 2017, sektor perkhidmatan menyumbang RM38.3 bilion manakala perkilangan menyumbang RM34.8 bilion kepada ekonomi negeri.

“Kerajaan mensasarkan pelaburan meningkat pada 2018 berikutan memorandum persefahaman yang ditandatangani antara Pulau Pinang dan firma elektronik Korea Selatan yang menjadi rakan strategik. – 9 November, 2018.

Berita penuh di sini

Iklan
Iklan